10 Kuasa Tentera Paling Kuat Didunia


NO 10 ialah TURKI


Perbelanjaan Ketenteraan Tahunan
$30,936,000,000
Anggota Tentera
514,000
Populasi penduduk untuk meanggotai tentera tahunan
1,298,979
Jet pejuang
1,530
Kapal perang
180
Kuasa Pembelian
$853,900,000,000



NO 9 ialah Jepun

Perbelanjaan Ketenteraan Tahunan
$44,300,000,000
Anggota Tentera
378,000
Populasi penduduk untuk meanggotai tentera tahunan
1,212,321
Jet pejuang
2700
Kapal perang
150
Kuasa Pembeliaan
$4,272,000,000,000





NO 8 ialah Brazil

Perbelanjaan Ketenteraan Tahunan
$24,000,000,000
Anggota Tentera
287,000
Populasi penduduk untuk meanggotai tentera tahunan
3,275,154
Jet pejuang
1650
Kapal perang
90
Kuasa Pembelian
$1,849,000,000,000




NO 7 ialah German

Perbelanjaan Ketenteraan Tahunan
$46,000,000,000
Anggota Tentera
250,000
Populasi penduduk untuk meanggotai tentera tahunan
863,733
Jet pejuang
1,100
Kapal perang
130
Kuasa Pembelian
$2,870,000,000,000



NO 6 ialah Perancis


Perbelanjaan Ketenteraan Tahunan
$62,000,000,000
Anggota Tentera
225,000
Populasi penduduk untuk meanggotai tentera tahunan
783,788
Jet pejuang
1,900
Kapal perang
135
Kuasa Pembelian
$2,075,000,000,000





NO 5 ialah United Kingdom

Perbelanjaan Ketenteraan Tahunan
$53,000,000,000
Anggota Tentera
195,000
Populasi penduduk untuk meanggotai tentera tahunan
784,520
Jet pejuang
2,670
Kapal perang
140
Kuasa Pembelian
$2,130,000,000,000



NO 4 ialah India

Perbelanjaan Ketenteraan Tahunan
$33,000,000,000
Anggota Tentera
1,325,000
Populasi penduduk untuk meanggotai tentera tahunan
22,229,373
Jet pejuang
1,250
Kapal perang
145
Kuasa Pembelian
$2,966,000,000,000




NO 3 ialah Rusia

Perbelanjaan Ketenteraan Tahunan
$43,000,000,000
Anggota Tentera
1,245,000
Populasi penduduk untuk meanggotai tentera tahunan
1,602,673
Jet pejuang
6,500
Kapal perang
525
Kuasa Pembelian
$2,097,000,000,000




NO 2 ialah China

Perbelanjaan Ketenteraan Tahunan
$59,000,000,000
Anggota Tentera
2,255,000
Populasi penduduk untuk meanggotai tentera tahunan
2,470,412
Jet pejuang
2,400
Kapal perang
760
Kuasa Pembelian
$7,099,000,000,000



NO 1 ialah USA

Perbelanjaan Ketenteraan Tahunan
$515,000,000,000
Anggota Tentera
1,385,000
Populasi penduduk untuk meanggotai tentera tahunan
4,266,128
Jet pejuang
22,720
Kapal perang
1,600
Kuasa Pembelian
$13,780,000,000,000


UFO Diserang Askar Britain




JET Sabre ini pernah digunakan untuk melancarkan tembakan ke arah UFO di Britain.


LONDON - Fail sulit Kementerian Pertahanan Britain yang didedahkan menyimpan maklumat seorang bekas juruterbang tentera Amerika Syarikat (AS) bahawa dia diarahkan untuk menembak jatuh sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) bersaiz amat besar di ruang udara bandar Norwich, timur England, lapor sebuah akhbar semalam.


Juruterbang itu, Milton Torres menerima arahan daripada pusat kawalan trafik Tentera Udara Diraja Britain (RAF) supaya menembak semua 24 roket yang dibawa jet pejuangnya ke arah UFO itu.
Bagaimanapun, beberapa saat sebelum dia melancarkan peluru roket ke arah objek bersaiz sebuah kapal pengangkut pesawat itu, UFO tersebut tiba-tiba hilang pada kelajuan 36,000 kilometer sejam.











SEORANG wanita menghantar lukisan yang menunjukkan dia sebagai makhluk asing (kiri) bersama makhluk asing lelaki.




Insiden pelik itu didedahkan dalam fail-fail sulit Kementerian Pertahanan Britain yang diluluskan bagi tatapan umum.
"Ia seperti objek makhluk asing yang menghendap di ruang udara England.
"Namun, kita tidak akan dapat mengetahui apa sebenarnya objek tersebut," kata Milton.
Menurutnya, peristiwa luar biasa itu berlaku pada tahun 1957 ketika dia adalah seorang pegawai berpangkat Leftenan pada usia 26 tahun dan bertugas di pangkalan udara RAF di Kent.
Pada pukul 11 
malam (waktu Britain) saya diarahkan bergegas menaiki jet pejuang F-86D Sabre bagi menyerang sebuah objek yang ketika itu, berlegar-legar di ruang udara Norfolk, England.
"Saya diberitahu supaya menembak semua 24 roket yang ada pada jet saya. Saya teruja kerana kejadian itu pada kebiasaannya berlaku menjelang satu peperangan," katanya.










GAMBAR yang dirakamkan dari Arkib Negara Britain ini menunjukkan lakaran daripada seseorang yang mendakwa melihat UFO.




Dia berjaya menghampiri objek itu pada kelajuan 1,120 kilometer sejam dan bersedia untuk menyerang apabila ia tiba-tiba hilang daripada paparan skrin radar dalam sekelip mata.
"Saya seram sejuk. Objek tersebut memiliki sistem enjin yang jauh berbeza. Ia tidak mungkin sebuah pesawat," jelas Milton yang kini berusia 77 tahun.
Dalam satu lagi fail, sebuah pesawat penumpang hampir bertembung dengan sebuah UFO ketika ia terbang rendah dan bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London.
Juruterbang pesawat milik syarikat Alitalia, Achille Zaghetti berada pada ketinggian 6,700 meter apabila dia ternampak sebuah objek mirip sebuah peluru berpandu berukuran 3 meter panjang berada kira-kira 300 meter di atasnya.
"Saya terus berkata 'lihat di sana' kepada pembantu juruterbang yang terus memandang dan melihat objek yang saya lihat," katanya.
Pegawai-pegawai kawalan lalu lintas udara juga melaporkan melihat UFO tersebut pada skrin radar mereka.
Insiden yang berlaku pada tahun 1991 juga di Kent itu turut disiasat pihak berkuasa.










Milton Torres




Fail-fail sulit di arkib negara itu turut menyimpan sepucuk surat daripada seorang wanita yang mendakwa dia ialah satu makhluk asing.
Menurutnya, dia datang dari sebuah planet dihuni oleh 'pahlawan-pahlawan wanita' dan kapal angkasanya singgah di Britain sewaktu Perang Dunia Kedua.
Dalam suratnya, wanita yang mendakwa makhluk asing itu melukis dirinya memakai jubah bersama-sama satu makhluk asing lelaki.
Bagaimanapun, Kementerian Pertahanan Britain memilih untuk tidak membalas surat pelik tersebut. - Agensi