Senarai 10 Fobia Yang Paling Pelik Di Dunia


Definasi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat akan sesuatu. Berikut adalah 10 jenis fobia yang jarang tetapi wujud dalam masyarakat di serata dunia. Amat pelik dan mungkin bodoh bunyinya, namun ia tetap wujud dan berlaku.

Optophobia: Fobia untuk membuka mata

Mungkin fobia yang paling pelik di dunia! Mereka yang memiliki masalah ini, sukar untuk membuka mata sendiri. Tugasan harian adalah mimpi ngeri untuk pengidap Optophobia. Jika anda boleh membaca apa yang kami tulis ini, jangan bimbang, ternyata anda tidak memiliki tersebut, syukur.

Chorophobia: Fobia terhadap tarian

Apa sahaja yang berkaitan tarian termasuk kelab malam, boleh menjadi punca ketakutan kepada mereka yang mempunyai fobia jenis ini.

Geliophobia: Fobia terhadap gelak ketawa

Banyak kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. Namun, untuk yang menderita Geliophobia, ketawa atau berada sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut. Risau diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.

Arachibutyrophobia: Takut mentega kacang melekat pada lelangit mulut

Senarai fobia yang pelik tidak akan lengkap jika kita tidak sebut Arachibutyrophobia. Penghidapnya hampir pasti tidak akan makan mentega kacang seumur hidup mereka!

Heliphobia: Takut kepada cahaya matahari

Pastinya satu keadaan yang amat sukr untuk mengelak daripada cahaya matahari sepanjang masa. Satu ia sukar untuk dilakukan, keduanya ia juga tidak elok untuk kesihatan (jika dijauhi sepenuhnya). Bermula dari rasa takut akan bahaya yang wujud pada matahari.

Deipnophobia: Takut akan berbicara atau berbual semasa makan malam

Ini adalah antara contoh fobia yang agak spesifik, takut bercakap waktu makan malam. Pengidapnya akan hanya diam sepanjang waktu makan. Ada bagusnya juga kerana diam ketika makan sebenarnya membantu dalam proses pencernaan yang lebih baik.

Neophobia: Takut kepada benda-benda baru

Ramai orang yang mahu mencuba benda baru dan pengalaman baru. Namun bagi penghidap Neophobia, mereka tidak mahu apa pun yang baru dalam hidup mereka. Penghidapnya akan kehilangan kualiti hidup dan tidak akan berani untuk merasai pengalaman-pengalaman baru dalam hidup. Kajian juga memperlihatkan mereka yang mempunyai masalah Neophobia, akan mempunya jangka hayat yang pendek. Ini terjadi akibat tekanan yang mereka lalui saban hari.

Syngenesphobia: Takut pada keluarga dan saudara mara

Rasanya ramai yang ada masalah camni, cuma ia mungkin melibatkan keluarga sebelah mentua. Semua kita ada rasa malu dan sakit hati dengan anggota keluarga kita pada masa-masa tertentu, namun penghidap Syngenesphobia menghadapai masalah itu secara keterlaluan dan sepanjang masa.

Ablutophobia: Takut untuk mandi dan membersihkan diri

Biasanya kanak-kanak yang malas mandi, namun adakalanya ia melibatkan orang dewasa. Namun harus ingat, Ablutophobia adalah fobia untuk mandi, bukannya malas untuk mandi. Ada banyak beza tu. Yang dekat hostel bau semacam itu kerap kali adalah pemalas, bukannya Ablutophobia.

Geniophobia: Takut kepada dagu

Yup…dagu, bahagian di muka kita itu. Ini mungkin fobia yang paling sengal di dunia ni. Selain itu ada juga fobia lutut (genuphobia), fobia tangan (chirophobia) dan fobia siku (ishicascadiggaphobia). Bagaimanapun, fobia-fobia tubuh badan tertentu ini boleh dirawat melalui terapi.

10 Gambar Kelibat Hantu Di Malaysia


Di negara ini juga tidak kurang munculnya pelbagai cerita seram dan perkara aneh, dan pelbagai jelmaan pelik yang tidak sepatutnya berada di lokasi gambar diambil. Kami memaparkan 10 gambar yang agak popular yang diambil oleh rakyat tempatan, dan tidak kurang seramnya.

1. Hantu Budak Cina Tol Plaza

Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya.


2. Hantu Kereta Remuk

Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, telihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.

3. Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap



Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.

4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan

Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.

5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal

Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.

6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan

Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.

7. Pocong Di Kawasan Kilang

Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.

8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada

Gambar ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.

9. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin

Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90′an. Betul atau tidak, Wallahu’alam.

10. Wanita Kebaya Merah

Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.

Set Alatan Pejabat Berbentuk Keyboard

Ini ialah set alatan pejabat yang dibuat bebentuk seperti papan kekunci. Sebuah berus papan kekunci, penebuk kertas, stapler dan tempat meletak klip kertas disertakan didalamnya. Harga sebuah "papan kekunci" buatan Korea Selatan ini ialah 9000 Won (RM 25) sebuah.



Seni Lukisan Dan Gambar


Bagi sesetengah pelukis lukisan biasa sahaja tidak cukup menarik, jadi mereka memutuskan untuk mengambil beberapa usaha yang melampau dalam menciptasesuatu yang berbeza dan unik. Ben Heine adalah salah satu dari orang-orangpelukis berani yang tidak takut untuk cuba melakukan sesuatu yang mustahil.Sudah tentu, lukisan beliau adalah jauh dari mustahil tetapi sekurang-kurangnya,anda hendaklah bersetuju dengan kita apabila kita mengatakan bahawa karya seni beliau amat sukar untuk dicapai.

 untuk membuat karya seni beliau, Ben yang sangat baik dalam tiga perkara:melukis, mengimbangi atau meletakkan dan mengambil gambar. Karya beliaumengandungi semua ketiga-tiga kemahiran yang digabungkan bersama-samadan dia perlu menjadi sempurna tepat ketika melakukan bahawa kerana jikasalah satu kemahiran itu tidak cukup baik, hasil seni beliau tidak boleh selesai.Kami telah mengumpulkan beberapa karya-karya beliau di mana anda bolehmelihat bagaimana Ben menggabungkan perkataan sebenar dan dunia lukisandalam cara yang unik.












Ikan Berbibir Tebal

Jika gelaran manusia berbibir tebal lagi seksi diberikan kepada Angelina Jolie, mungkin ikan pelik ini juga boleh menyandang gelaran itu. Ikan ini hidup di dalam akuarium bertujuan untuk dipertontonkan kepada umum. Kalau diperhatikan, ikan pelik ini ini mirip seekor ikan yang mempunyai nilai harga pasaran suatu ketika dahulu iaitu ikan Flower Horn. Jom lihat ikan pelik yang mempunyai bibir tebal ini.



Manusia Paling Busuk Di Dunia


Berapa lama anda boleh tak mandi  jika bekerja di dalam suhu panas hampir 50darjah Celcius setiap hari?? Habis kuat pun 10 jam la kan siap bau hangit lagi. Tapi brader atas ni dengan slamber tak nak mandi selama 37 tahun!! What the fishhhhh!!!!!



Kallash Singh telah dinobatkan orang paling berbau busuk di dunia selepas dia mengaku enggan mandi selama 37 tahun. Mr Singh ini telah berhenti mandi dan membersihkan dirinya sejak dari 1974 selepas dia kahwin. Di sebaliknya perkara ini, sebenarnya dia dikhabarkan akan mendapat anak lelaki sekiranya melakukan semua ini.

Tetapi semua tidak menjadi selepas dia dikurniakan dengan 7 orang anak PEREMPUAN. Isterinya cuba menyuruhnya untuk mandi kerana dia perlu bekerja di bawah panas yang mencecah 47 celcius setiap hari. Isteri dan anak mereka pernah cuba menolaknya ke dalam sungai tetapi dia sempat lari. Kini orang kampung suka mengejek dan mempermainkannya. Singh memberitahu yang dia akan jadi begitu sehingga dia dikurniakan anak lelaki. Giler TRUE !!

Motorsikal Mini Kayu Yang Menakjubkan

Vyacheslav Voronovich yang berasal dari Ukraine mengubah impiannya kepada bidang seni dengan mencipta motorsikal yang menarik dan tidak dapat ditandingi daripada kayu dan mesra alam. Ciptaan Voronovich kelihatan sangat realistik sehingga anda secara spontan ingin memiliki satu, atau mungkin lebih. Hobinya ini diinspirasikan setelah dia melihat miniature dalam internet. Disebabkan ingin tahu sama ada dia boleh membuat sesuatu yang kecil dari kayu, Vyacheslav Voronovich membuat motorsikal mini dengan skala 1:12.
\






Jam Tangan Dibuat Daripada Gunung Berapi


Selalu nya, kalau barang-barang esklusif atau pun jenis yang limited edition punya akan dijual dengan harga yang mahal..Tambah-tambah pulak kalau barangan tu dibuat mengunakan bahan-bahan yang istimewa dan keadaan masa yang dipilih bagi menambahkan lagi ke-popular-an barang tu..Contohnya macam jam tangan kat bawah ni..


Eyjafjallajökull-DNA merupakan sebuah jam tangan yang cukup unik kerana binaan dalamnya menggunakan abu dan batu yang telah diletuskan oleh gunung berapi Eyjafjallajökull pada tahun 2010 yang lalu..Kerana letusan gunung berapi ni la yang menyebabkan banyak jadual penerbangan antarabangsa tergendala..


Disengajakan atau pun tidak, jam tangan ni dibuat khas bagi mempringati hari berlakunya letusan gunung berapi tersebut dengan design dalaman nya dibuat seperti permukaan gunung berapi dengan lava yang sedang mengalir keluar..

Jam tangan khas ni jugak dikatakan hanya ada satu ja dalam dunia..Untuk membuatkan pembelinya berasa bangga, jam tangan ini juga disediakan dengan satu surat pengesahan yang mengesahkan bahawa batu dan abu yang digunakan dalam jam tangan tu memang berasal daripada gunung berapi Eyjafjallajökull

Rumah Terbalik Pertama Di Malaysia


Nampaknya Malaysia dah ada rumah terbalik. Boleh ar ramai-ramai gi melawat rumah terbalik yang berada di Sabah ni.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki kelahiran Sabah membelanjakan setengah juta ringgit bagi membina rumah terbalik pertama di Malaysia yang menyampaikan mesej alam sekitar.

 Alexander Yee berkata, struktur rumah luar biasa yang terletak di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar itu amat berbaloi.

 “Jika kita terus mengeksploitasi sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia ‘terbalik’ (musnah),” kata Yee yang memiliki firma binaan selain mengusahakan rumah penginapan untuk pelancong di taman hidupan liar daerah Kinabatangan di pantai timur Sabah.

Yee menunjukkan rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.

 Dia berkata, semuanya diletakkan secara terbalik dan ini termasuk peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit.

 Pembinaan rumah terbalik itu mengambil masa hampir enam bulan melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan dalaman yang membuatkannya seperti tergantung.

 Yee berkata, pengunjung boleh melawat rumah terbalik itu.

 Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.

Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.





Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai rumah terbaik Yee di laman sosial Facebook yang dibuka untuk rekaan terbaru itu.-
Rumah Terbalik - The Upside Down House in Borneo!

Patung Misteri Dari Russia

Patung ini dikenali dengan nama Katja, dan dibuat pada tahun 1730an oleh seorang daipada kaum Tsar yang tidak diketahui namanya. Ceritanya bermula apabila seorang gundik yang mahukan seorang anak lelaki supaya lebih disayangi oleh raja. Tetapi apa yang mengecewakannya adalah anak yang dilahirkan itu adalah lelaki dan tambahan pula dilahirkan cacat. Oleh kerana zaman itu, kepercayaan pada tahyul sangat kuat, maka bayi yang tidak berdosa itu dibunuh dengan cara dibakar hidup-hidup. Patung ini kononnya dibuat daripada abu bayi tersebut yang dicampurkan dengan seramik dan porselin. Dan tukang membuat patung tersebut adalah penjaganya. Menurut cerita orang ramai, patung ini disimpan secara turun temurun di Rusia dan dijaga dengan ketat. Kononnya, patung ini akan membawa malapetaka akibat dari abu bayi tersebut. Menurut orang ramai lagi, jika patung ini berkelip selepas bertentang mata dengannya selama 20 saat, maka musibah akan menimpa.
Sebelum ini seseorang telah cuba menjual anak patung ini di ebay tetapi, ia telah ditarik balik oleh ebay kerana ebay melaporkan bahawa terdapat banyak kejadian pelik telah berlaku disebabkan anak patung misteri Katja ini

Motosikal Bertandas Hybrid Di Jepun

The Toliet Bike Neo merupakan motosikal bertandas hybrid yang dijanakan menggunakan sepenuhnya melalui biogas: atau lebih tepat guna najis manusia. Motosikal ini telah dicipta oleh pembuat tandas yang terbesar di Jepun , TOTO untuk mengurangkan pelepasan gas CO2 atau karbon dioksida ke atmosfera.



Gambar Lawan Graviti Yang Kreatif

Ini adalah gambar sebenar tanpa diubahsuai oleh Photoshop. Gambar diambil ini milik Philippe Ramette berasal dari Perancis






sumber:mediamalaya

Hacker Cun Godam Duit Bank America


Siapa yang boleh menyangka gadis cantik dengan otak cair ini adalah orang di sebalik kehilangan wang bernilai US $ 35 juta dari akaun bank di Amerika Syarikat. Pasti anda juga tidak menyangka, lihat saja parasnya yang cantik dan tubuhnya yang seksi, membuat kita tidak percaya bahawa dia dalang dari kecurian wang tersebut.


Tapi kenyataannya gadis bernama Kristina Svechinskaya ini telah terbukti menggodam akaun bank dengan menggunakan mod virus komputer. Atas kepintaran dan kecerdikannya menyelit masuk ke akaun bank bernilai berjuta-juta dolar banyak yang menyebutnya hacker paling seksi didunia. Bahkan dia itu disejajarkan dengan intel cantik dari Russia yang tertangkap beberapa bulan yang lalu bernama Anna Chapman.


Siapa yang boleh menyangka gadis cantik dengan otak cair ini adalah orang di sebalik kehilangan wang bernilai US $ 35 juta dari akaun bank di Amerika Syarikat. Pasti anda juga tidak menyangka, lihat saja parasnya yang cantik dan tubuhnya yang seksi, membuat kita tidak percaya bahawa dia dalang dari kecurian wang tersebut.


Tapi kenyataannya gadis bernama Kristina Svechinskaya ini telah terbukti menggodam akaun bank dengan menggunakan mod virus komputer. Atas kepintaran dan kecerdikannya menyelit masuk ke akaun bank bernilai berjuta-juta dolar banyak yang menyebutnya hacker paling seksi didunia. Bahkan dia itu disejajarkan dengan intel cantik dari Russia yang tertangkap beberapa bulan yang lalu bernama Anna Chapman.