Dipatuk Ular Dalam Mangkuk Tandas

Tel Aviv: Seekor ular dilaporkan muncul dan mematuk kemaluan seorang lelaki ketika dia duduk dalam sebuah tandas, kata paramedik di Israel semalam.

Bagaimanapun lelaki terbabit bernasib baik kerana ular itu tidak berbisa dan dia mampu berjenaka mengenai insiden itu.

Lelaki berusia 35 tahun dari utara Israel itu berkata, dia menyedari ada seekor ular menyerang selepas kemaluannya berasa panas seperti terbakar.

“Apabila saya melihat ke bawah, saya nampak seekor ular di dalam mangkuk tandas,” katanya.
Sementara itu anggota paramedik di Pusat Perubatan Rambam di Haifa berkata, mangsa masih bersemangat walaupun mengaku terkejut dengan kejadian itu.

“Walaupun ular itu tidak berbisa, patukannya meninggalkan parut pada kemaluan mangsa,” katanya.
Menurut paramedik itu, pengalaman merawat mangsa patukan ular di kemaluan lelaki adalah yang pertama untuknya. “Dia bernasib baik kerana semua ujian tidak menunjukkan ada ancaman kesihatan dialami mangsa,” katanya.

Gaji Nazmi Sebulan RM300,000?




JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

“Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.



Filem Ombak Rindu Diabadikan Setem Edisi Terhad


FILEM Ombak Rindu yang ditayangkan di seluruh negara Disember lepas menjadi filem tempatan pertama diabadikan dalam bentuk setem edisi terhad.

Koleksi Setemku edisi terhad, terdiri daripada album setem dan set folder itu berbentuk album setem 24 muka surat berharga RM199 mengandungi enam helai setem peribadi berjumlah 48 keping, 11 keping poskad babak-babak filem tersebut, bersama DVD filem berkenaan.

Set folder pula berharga RM59.90 mempunyai gambar babak filem tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Khalid Abdol Rahman kepada pemberita selepas melancarkan koleksi edisi terhad Setemku itu di sini hari ini.

Beliau berkata pakej setem itu yang dihasilkan dengan kerjasama Pos Malaysia, Tarantella Pictures dan Astro Shaw Sdn, merupakan usaha pertama melibatkan filem tempatan.

Katanya, filem percintaan yang diadaptasi daripada novel tulisan Fauziah Ashaari itu berjaya mencatat kutipan lebih RM10 juta, yang memberi inspirasi kepada Pos Malaysia menghasilkan keluaran tahunan setem istimewa ini.

Khalid berkata koleksi setem itu mula dijual melalui portal talian PostMe www.postme.com.my dan di 14 cawangan Pos Malaysia terpilih hari ini.

“Diskaun 10 peratus diberi kepada pelanggan yang membeli koleksi edisi terhad hari ini,” katanya dan menambah bahawa hanya 1,000 album setem serta set folder koleksi sahaja yang dihasilkan.

Khalid berkata, produk Setemku yang mula diperkenalkan pada 2007 itu telah menjadi produk unik yang kreatif kerana telah menerima banyakan tempahan pelanggan dan badan korporat untuk mencetak imej pilihan mereka sendiri.

Hadir di majlis itu pelakon utama filem, Maya Karin dan Bront Palare bersama 80 peminat bertuah filem Ombak Rindu. – Bernama

sumber: sinarharian.com.my

Ada Apa Dengan Bangsa


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang masih mengagungkan bangsa, tanpa mengutamakan kepentingan Islam.

Beliau menyifatkan tindakan masyarakat mengagungkan-agungkan bangsa seolah-olah terikut-ikut dengan pendekatan bangsa Yahudi yang mahukan masyarakatnya dihormati dengan mengetepikan hak orang lain.

“Seolah-olah pendekatan ini telah masuk menyerap dalam masyarakat orang Islam, setiap bangsa mengejarkan kehormatan masing-masing dan menyebabkan orang lupa tentang Palestin, “katanya kepada pemberita selepas menyambut kunjungan konvoi Superbike Pantai Timur di kediamannya di Pulau Melaka, kelmarin.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, sukan dan Ngo negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua Iqram Kota Bharu, Dr Mohd Sharani Mohd Naim.

Konvoi tersebut didakan untuk mempromosikan perarakan keamanan yang dianjurkan secara besar-besaran di Asia, Afrika, Eropah , Amerika Syarikat untuk bergerak ke Palestin dan negara-negara jiran seperti Mesir dan Jordan.

Kemuncaknya adalah perhimpunan aman besar-besaran pada 30 Mac serentak dengan perarakan di Amman dengan 131 superbikes akan membawa bendera Palestin dan berkumpul di replika Baitulmaqdis.

Sambil menyokong perarakan tersebut, Nik Aziz berkata, Pas akan terus mempertahankan Islam sebagai asas perjuangan dan sama sekali tidak akan terikut-ikut dengan pihak lain yang lebih mementingkan bangsa dari Islam.

“Perkara yang tidak betul yang menimpa umat Islam di seluruh dunia, termasuk orang Arab sendiri. Arab Mesir juga sedemikian, tidak merasakan sensitif terhadap nasib Arab Palestin kerana bukan dari bangsanya Arab Mesir,” katanya.

Ayah Pin Kembali Dalam Keadaan Lumpuh



BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.

Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.

Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.

Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.

Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.

Budak Patah Tangan Terkena Bola Rembatan Wayne Rooney


Penyerang Manchester United, Wayne Rooney memohon maaf kepada seorang kanak-kanak, Jamie Thomas yang patah pergelangan tangan akibat terkena bola rembatannya ketika pemain itu memanaskan badan sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris di Wolverhampton Wanderers, Ahad lalu.
Thomas, yang berasal dari Wem, Shorpshire, berada di Molineux untuk menyaksikan pasukan kesayangannya, United buat kali pertama.
Malangnya, belum sempat menyaksikan perlawanan tersebut, dia mengalami kecederaan apabila mengangkat tangannya untuk menepis bola sesat rembatan bintang England itu yang terbang ke arahnya.
“Saya meminta maaf kepada Jamie Thomas. Saya telah menyediakan satu surat dan sehelai jersi yang saya tandatangani untuk dihantar kepada alamat rumahnya,” tulis Rooney dalam akaun Twitter kelmarin

Youtube Jalin Kerjasama Perjanjian Dengan KRU Studios dan ASTRO


YOUTUBE memeterai perjanjian pelesenan dengan Perlindungan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP) yang akan membolehkan pemuzik dan komposer Malaysia meraih pendapatan di YouTube.

Pengarah pengurusan produk YouTube Asia-Pasifik, Adam Smith berkata, pendapatan akan dikumpulkan apabila iklan dipaparkan di video rakan YouTube.

“Untuk kali pertama di bawah perjanjian ini, pencipta Malaysia akan menerima bayaran daripada persatuan mereka apabila pemegang hak mengagihkannya,” kata beliau dalam taklimat media di Kuala Lumpur, kelmarin.

Sempena pelancaran ini, YouTube telah menjalinkan kerjasama perjanjian dengan syarikat media terkemuka Malaysia termasuk Astro Malaysia dan KRU Studios.

Terjun Dari Jambatan Dengan Basikal


PITLOCHRY, Scotland - Seorang pemuda, Adam Flint terjun dengan menggunakan tali bersama sebuah basikal dari Jambatan Garry dekat sini kelmarin.

Flint, 26, membuat terjunan bagi mempromosikan aktiviti mengayuh basikal di Highland Perthshire.

Dia mengasaskan sebuah pertubuhan sukan bagi mempromosikan sukan mengayuh basikal di kawasan tersebut.

Menurut Flint, dia berasa gementar sebelum membuat terjunan dari ketinggian 40 meter. - Agensi Sumber | Kosmo

Kereta BMW Dibuat Daripada Batu Bata


Seorang artis, Dai Geng menjual kereta BMW yang diperbuat dengan batu bata pada harga £80,000 (RM383,652) dan dikatakan lebih mahal daripada harga kereta BMW yang sebenar.

Geng mengambil masa lebih setahun untuk mencantum semua blok batu bata itu sebelum mengukirnya menjadi BMW Z4.

Pintu kereta itu yang boleh dibuka dan ditutup seperti kereta biasa turut diperbuat daripada batu.

Hanya tingkap kereta sahaja tidak dibuat dengan batu bata. Tayar, roda, paip ekzos dan aksesori lain semuanya dari bongkah batu.

Kereta BMW itu sepanjang lima meter, 2.15 meter lebar dan tinggi 1.6 meter serta seberat 6.5 tan.

Dia berharap dapat menjual kereta itu kepada hartawan di negara itu.
Kereta itu dipamerkan di Shenzheng, wilayah Guangdong, tenggara China



Lelaki Membeli Kereta Tunai Dengan 300 Kg Duit Syiling



SEBUAH cerita menarik di Negara China, biasa kita dengar orang membeli kereta secara tunai. Lain halnya dengan Wang, seorang peniaga, membeli sebuah kereta menggunakan duit syiling di China.

Pengusaha perniagaan tepung itu, tiba dengan menaikki van di sebuah kedai kereta di Xianyang sebuah bandar di dalam wilayah Shaanxi pada 1 Ogos tahun lalu.

Dia membuka bonet kenderaanya dan membawa keluar tujuh karung duit syiling untuk diserahkan kepada pengurus yang menguruskan jual beli kereta di kedai tersebut.

"Saya nak beli sebuah kereta, Saya ada wang tunai 60,000 yuan (RM27,756)," katanya sambil menyatakan bahawa keseluruhan duit syilingnya itu memiliki berat kira-kira 300 Kg.

Menurut Wang, dia mengumpulkan kira-kira 10,000 yuan (RM4,626) duit syiling setiap bulan yang diperolehi dari para pelanggannya termasuk peniaga roti dan pemilik kilang mee.



Bagaimanapun, pengurus kedai kereta tersebut telah mengalami masaalah untuk mendapatkan bank yang boleh menerima pembayaran yang lain dari yang lain itu, memandangkan proses mengira jumlahnya bukan sesuatu yang mudah.

Akhirnya, dia berjaya menemukan sebuah bank yang hanya bersetuju untuk menerima sebahagian duit berjumlah 15,000 yuan (RM6,940) daripada keseluruhan syiling itu.

Dalam masa yang sama, Wang pula terpaksa mencari bank lain yang boleh menerima untuk memasukkan sejumlah syiling lagi ke dalam akaun bank penjual kereta sebagai transaksi pembelian kereta tersebut.

Tambah melucukan Wang terpaksa bermenung panjang dan bermasam muka memandangkan dia tidak boleh memandu pulang kereta yang sudah dibelinya sehingga pihak bank selesai mengira kesemua duit syiling tersebut.

Monyet Curi Kamera, Ambil Gambar Sendiri

Seekor monyet mengejutkan semua pengunjung apabila dia mengambil kamera seorang pengunjung. Semua orang lari seolah-olah monyet ini akan mengamuk. Tetapi semua kembali apabila monyet ini mencuri kamera untuk mengambil gambarnya sendiri.



Ular Sawa Hamil Dilanggar Anak Berterabur di Jalan


Ular Sawa Hamil Dilanggar Anak Berterabur di Jalan. Ini adalah rakaman video yang menggambarkan seekor ular sawa raksasa yang sedang hamil dilanggar sebuah kenderaan dijalan raya hingga mati, tragisnya telur yang berisi janin ular dalam kandungan ular sawa itu berterabur keluar hingga bersepah di jalan raya.



Di bawah merupakan gambar ular sawa hamil yang telah digilis di atas jalan raya.

Masih banyak orang bingung sebenarnya ular sawa itu bertelur apa beranak seperti halnya mamalia lain, tapi bukankah ular tidak menyusui? Bererti bertelur yang lebih tepat adalah Ovovivivar.

Kebanyakan jenis ular berkembang biak dengan bertelur. Jumlah telurnya boleh beberapa butir saja, hingga puluhan dan ratusan butir. Ular meletakkan telurnya di lubang-lubang tanah, gua, lubang kayu lapuk, atau di bawah timbunan daun-daun kering. Beberapa jenis ular diketahui menunggui telurnya hingga menetas; bahkan ular sawa ‘mengerami’ telur-telurnya.

Apek Jadi Duta Puma


Khairul Fahmi Che Mat menjadi Duta Puma


Iklan terkini daripada Puma membuatkan kami tertanya-tanya sama ada bintang bola sepak Malaysia, Khairul Fahmi ini dijadikan ikon atau duta kepada jenama sukan terkenal, Puma. Kalau benar jangkaan kami, makin mencurah-curah rezeki Khairul Fahmi walaupun kerap dicemari dengan pelbagai kontroversi yang kurang enak didengar.
Sebagai ikon tempatan pula, Khairul Fahmi masih mengekalkan prestasinya dengan persembahan menarik bagi setiap perlawanan yang melibatkan personaliti ini. Diharapkan, Khairul Fahmi berusaha lebih gigih lagi bagi menempa nama setanding rakan sekerja, Safee Sali yang kini menyambung kontrak bersama pasukan liga Indonesia, Pelita Jaya.

laporan Facebook Apek

Diugut Bunuh Kerana Menang RM17 Juta


KUALA LUMPUR: Dia mungkin seorang pakar permainan judi komputer apabila menang pertaruhan RM17 juta, namun kemenangan itu bukan saja gagal menjadikannya jutawan, malah nyawanya terancam sehingga memaksa dia mendapatkan perlindungan.

Itu nasib lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Alwi, 35, apabila dia kini diburu serta diancam bunuh anggota kumpulan kongsi gelap selepas tauke pusat siber tempat dia bermain berang dengan tindakannya menuntut wang kemenangan RM17 juta itu.

Alwi berkata, segala-galanya bermula apabila dia bermain satu permainan judi komputer dikenali sebagai ‘Football Fever’ dengan nilai pertaruhan RM50 di sebuah pusat siber di Taiping, hujung bulan lalu.

“Hasil pertaruhan RM50 itu, saya menang RM1,400 dan menggunakan semua wang itu sebagai pertaruhan untuk terus bermain sehingga mengumpulkan RM140, 000 dalam masa kurang setengah jam.

“Walaupun jumlah wang kemenangan itu sudah banyak, tapi saya tak mengambilnya atau istilah yang sering digunakan ‘cuci duit’. Sebaliknya saya gunakan sebagai pertaruhan hingga menang lebih RM17 juta,” katanya. Sumber | Hmetro

Harta Karun RM1.5 Bilion Milik Kerajaan Sepanyol


DUA buah pesawat kargo Sepanyol digunakan untuk membawa 549,000 keping duit syiling perak, emas dan artifak lain yang dijumpai  dari sebuah kapal perang Sepanyol yang karam pada tahun 1804.

Menurut sejarah, kapal tersebut dibedil oleh sebuah kapal perang British.

Harta karun tersebut sebelum ini menjadi rebutan dalam satu perbicaraan berhubung hak pemilikan harta tersebut yang dijumpai oleh firma Odyssey Marine Exploration yang berngkalan di Tampa, AS.

Bangkai kapal Sepanyol tersebut yang dikenali sebagai Nuestra Senora de las Mercedes dijumpai di luar pantai Portugal dekat Selat Gibraltar pada tahun 2007.

Harta karun tersebut dianggarkan bernilai AS$500 juta (RM1.5 bilion).

Kereta Porsche Tersangkut Dalam Simen


Seorang pemandu Porsche 911 di San Francisco mungkin perlu belajar untuk bersabar selepas ni apabila cuba untuk memotong barisan akibat kesesakan teruk kerana kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan.

Akibatnya keretanya terbenam ke dalam bancuhan simen dan pekerja binaan cuba untuk menyodok simen basah dari keretanya sebelum ia menjadi keras.

Kereta itu akhirnya dapat dikeluarkan tetapi ia sudah terlambat. Kerosakan mungkin akan memerlukan untuk menggantikan bahagian bawah kereta yang dianggarkan mencecah harga $ 70.000 - $ 140.000.

Ibu Muda Tinggal Nota Dalam Facebook Sebelum Bunuh Diri


DETROIT: Sejurus sebelum membunuh diri, seorang ibu muda memuat naik gambarnya dalam keadaan menyeramkan di Facebook.

Berasal dari Michigan, Cynthia Lee, 23, bergambar bersama rakannya yang memegang sabit dalam gambar sempena Halloween.

Mereka digambarkan berlumuran darah dalam gambar berkenaan.


Cynthia dan anaknya

Kata Cynthia, kesedihan akibat kematian ibunya terlalu berat untuk ditanggung.

Dia menamatkan nota bunuh diri itu dengan berkata: “Mak, saya datang.” Ibu Cynthia mati pada 2007 ketika baru berusia 35 tahun.

Cynthia juga dikatakan tertekan apabila teman lelakinya, Ryan Jason Hardwick, ditangkap pihak berkuasa baru-baru ini.

Sementara itu, polis berkata, Cynthia menembak dirinya sejurus selepas mengemas kini statusnya dalam Facebook di rumah datuknya, ketika ahli keluarganya ada di situ. – DM

Bunuh Zirafah Hanya Untuk Seronok


LONDON: Gambar menunjukkan satu keluarga bergembira ketika bergambar bersama zirafah yang mereka tembak mati semata-mata untuk berseronok.

Pelancong seperti keluarga itu membayar ratusan ribu ringgit untuk memburu secara sah haiwan berkenaan.

Ramai yang membawa pulang kepala haiwan itu untuk sebagai kenang-kenangan bercuti di Afrika.

Pakar zirafah, Dr Julian Fennessey berkata: “Ada yang datang dari Britain, tetapi sebahagian besarnya dari Amerika Utara, Jerman, Russia dan Scandinavia.

“Ada pemburu hanya berminat untuk bergambar bersebelahan dengan bangkai haiwan itu. “Tetapi yang lain, mengupah pengawet haiwan memenggal kepala binatang itu supaya mereka boleh membawanya pulang sebagai cenderamata. Ada yang mahukan kulitnya.

Pemburu terbabit membayar sehingga 10,000 (RM50,000) untuk ekspedisi memburu zirafah. Kelab Safari dan Taman Negara mengenakan bayaran sebanyak 1,500 (RM7,500) untuk yuran trofi dan tambahan 1,000 (RM5,000) sehari untuk mengupah jurupandu.

Populasi zirafah berkurangan sebanyak separuh sejak 1988, daripada 140,000 kepada kurang 80,000.

Haiwan itu kini dipercayai semakin pupus di negara seperti Angola, Mali dan Nigeria.

Tetapi di Afrika Selatan, Namibia dan Zimbabwe, memburu zirafah masih dibenarkan. – The Sun

Perkahwinan Dengan Mayat Di Thailand



PATTAYA – Satu majlis pahit manis yang diadakan baru-baru ini menandakan permulaan dan perpisahan sepasang kekasih yang sudah sekian lama bercinta.

Dalam kisah cinta yang memilukan dan juga aneh, seorang lelaki Thai menganjurkan upacara pengebumian dan juga perkahwinan serentak untuk teman wanitanya yang mati mengejut sebelum mereka dapat berkahwin secara rasmi.

Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang juga dikenali sebagai Deff Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand.

Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’ Kamsook.

Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin. Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu.

Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin.

Anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlis perkahwinan dan sekali gus upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin.

Dengan berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan.



Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan diletakkan diatas papan.

Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga. – Agensi

Wanita Ketagih Makan Ayam Hidup Setiap Hari



Seorang wanita mempunyai seorang tabiat yang sangat pelik di mana dia memerlukan seekor ayam hidup untuk memuaskan nafsu makannya.

Seorang wanita yang pelik bernama Miskaulah, 38 yang berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih setiap hari.

Miskaulah didakwa mampu memakan ayam hidup 5 ekor setiap hari. Di bawah merupakan gambar aksi Miskaulah menunjukkan skill memakan ayam hidup.