Biodata Aqasha


NAMA: FIRDEE AQASHA BIN ROSLI
Birthday: October 6 1982
Hometown:Shah Alam, Malaysia

Firdee Akassya bin Rosli ( lahir pada 6 Oktober 1982) atau juga dikenali sebagai Aqasha merupakan penyanyi dan pelakon lelaki dari Malaysia. Beliau berasal dari Shah Alam, Selangor.

Beliau telah berkahwin pada 10 Oktober 2010 dengan Noor Baizura Mohd Sabri. Mereka mendapat anak yang kedua pada Oktober 2012.

Filem Lakonan Aqasha

Bangunan (2015)
Gangsterock Kasi Sengat (2015)
2010-V3 Samseng Jalanan - (Pelakon Utama)
2006-Remp-It - (Pelakon Pembantu)
2006-Man Laksa - (Pelakon Pembantu)
2005-GK3 The Movie - (Pelakon Pembantu)
2005-Gangster - (Pelakon Pembantu)
2004-Cinta Luar Biasa - (Artis Jemputan)
2002-Embun - (Pelakon Utama)

tag rita rudaini

Filem Ombak Rindu Diabadikan Setem Edisi Terhad


FILEM Ombak Rindu yang ditayangkan di seluruh negara Disember lepas menjadi filem tempatan pertama diabadikan dalam bentuk setem edisi terhad.

Koleksi Setemku edisi terhad, terdiri daripada album setem dan set folder itu berbentuk album setem 24 muka surat berharga RM199 mengandungi enam helai setem peribadi berjumlah 48 keping, 11 keping poskad babak-babak filem tersebut, bersama DVD filem berkenaan.

Set folder pula berharga RM59.90 mempunyai gambar babak filem tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Khalid Abdol Rahman kepada pemberita selepas melancarkan koleksi edisi terhad Setemku itu di sini hari ini.

Beliau berkata pakej setem itu yang dihasilkan dengan kerjasama Pos Malaysia, Tarantella Pictures dan Astro Shaw Sdn, merupakan usaha pertama melibatkan filem tempatan.

Katanya, filem percintaan yang diadaptasi daripada novel tulisan Fauziah Ashaari itu berjaya mencatat kutipan lebih RM10 juta, yang memberi inspirasi kepada Pos Malaysia menghasilkan keluaran tahunan setem istimewa ini.

Khalid berkata koleksi setem itu mula dijual melalui portal talian PostMe www.postme.com.my dan di 14 cawangan Pos Malaysia terpilih hari ini.

“Diskaun 10 peratus diberi kepada pelanggan yang membeli koleksi edisi terhad hari ini,” katanya dan menambah bahawa hanya 1,000 album setem serta set folder koleksi sahaja yang dihasilkan.

Khalid berkata, produk Setemku yang mula diperkenalkan pada 2007 itu telah menjadi produk unik yang kreatif kerana telah menerima banyakan tempahan pelanggan dan badan korporat untuk mencetak imej pilihan mereka sendiri.

Hadir di majlis itu pelakon utama filem, Maya Karin dan Bront Palare bersama 80 peminat bertuah filem Ombak Rindu. – Bernama

sumber: sinarharian.com.my

Rumah Mawi Dirompak


Rumah banglo Mawi di sebuah kelab golf di Bangi dirompak pada awal pagi isnin .Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora’Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.

Anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu iaitu, Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apakan.Kembar kepada Ekin iaitu Nora’Ain Rahmat (Eein) berkata, semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).Katanya, perompak pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek sebelum bertindak mengikat mereka kecuali orang gaji serta anak kecil sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang dan barang kemas.

Perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000.Een berkata, dia bersyukur kerana dalam kejadian itu tiada sesiapa yang cedera.Sementara itu Mawi tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dan isteri turut dikebas perompak terbabit.

Awal Ashaari Malamar Scha Al Yahya di Propaganza


Penonton program hiburan terbaru di tanahair yang bersiaran di Astro Ria,propaganza dikejutkan dengan kehadiran Awal Ashaari secara tiba-tiba melamar kekasihnya Scha Al Yahya untuk dijadikan isteri

Mereka muncul dalam program hiburan,propaganza sebagai tetamu jemputan
Reaksi gaya spontan lamaran Awal Ashaari membuatkan Scha terkejut dan sebak sekaligus menerima lamaran berkenaan
Ketika melamar Scha Al Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia

Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya bersamaan dengan ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.

Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini



Rumah Agam Milik Michael Jackson Dilelong RM71.7 Juta


Siapa yang tak kenal dengan Michael Jackson, Raja Pop Dunia. beliau memang sangat diminati dan digilai oleh segenap pelusuk dunia dari barat hinggalah ke timur. Sememangnya beliau sangat disanjungi dan dihargai. Bila saja berita tentang kematiannya tersebar orang ramai di seluruh dunia sangat bersedih dengan kehilangannya dan mereka meratapi kematian beliau. Setelah hampir tiga tahun peninggalannya, akhirnya rumah agam milik mendiang Michael Jackson dijual dengan harga AS$23.9 juta (RM71.7 juta).







LOS ANGELES: Rumah agam mewah milik raja pop dunia, Michael Jackson yang menghembus nafas terakhirnya di situ, kini dijual pada harga AS$23.9 juta (RM71.7 juta) dengan seorang selebriti terkenal berminat membelinya.

Laman web selebriti, TMZ dan ejen hartanah berkata, rumah agam berkenaan mempunyai tujuh bilik tidur, 13 bilik mandi dengan konsep kediaman ala reka bentuk Perancis serta dilengkapi panggung teater, gim, spa dan kolam renang.

“Hartanah ini menawarkan kehidupan glamor, bergaya dan serba mewah," kata laman web itu.

Kediaman Jacko itu dibina pada 2002 di Daerah Holmby Hills di barat Los Angeles yang berkeluasan 1,580 meter persegi untuk ruang tamu selain 0.5 hektar lagi untuk lanskap.

TMZ melaporkan, kediaman itu mula dijual Isnin lalu dan seorang selebriti terkenal bersedia untuk melawat hartanah itu, esok.

Sementara itu, ejen hartanah Mauricio Umansky dari Beverly Hills, berkata pihaknya hanya akan berurusan dengan pembeli yang berminat sahaja dan mempunyai kelayakan terutama dari segi kewangan.

Raja pop dunia itu meninggal dunia pada 25 Jun 2009 ketika berusia 50 tahun di rumah agam berkenaan. - AFP

Mawi & Ekin Dapat Anak Perempuan


PETALING JAYA – Nora’Asikin Rahmat, isteri kepada penyanyi Asmawi Ani, Mawi selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pukul 4 pagi tadi.

Bayi sulung buat pasangan artis itu selamat dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi, dekat sini dan masih lagi belum diberikan nama.

Pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail mengesahkan khabar gembira kelahiran bayi itu walaupun Ekin diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai komplikasi sewaktu dalam proses untuk bersalin.

“Alhamdulillah, akhirnya pasangan itu mendapat anak perempuan. Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam semalam (Isnin).

“Melihatkan keadaan Ekin yang masih lagi belum boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan, dia diberikan ubat pelali oleh doktor. Syukur, kedua-duanya selamat,” kata Nasir dalam mStar Online.

Buat sementara waktu ini, pasangan artis yang bahagia dengan kehadiran orang baru itu enggan mendedahkan bayi mereka memandangkan mahu memberikan ruang buat Ekin untuk berehat sepenuh masa.

Bagaimanapun, sebuah majlis kesyukuran untuk menyambut orang baru itu bakal diadakan dalam masa terdekat ini.

Mawi dan Ekin bernikah pada 21 Disember 2008 dengan acara yang penuh gilang gemilang dan Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali sepanjang tiga tahun lepas.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Saiful Apek Sekali Lagi Positif Dadah


PETALING JAYA – Pelawak terkenal Saiful Apek dan tiga rakannya disahkan positif dadah ganja selepas menjalani ujian air kencing susulan penahanan mereka di sebuah kondominium di Bandar Sunway, dua tahun lalu.

Menurut Sarjan M. Sanggar, 48, dia diarahkan membuat ujian berkenaan oleh Cif Inspektor Shaifuddin Mohd. Zulkifli, 31, yang mengetuai serbuan terhadap keempat-empat tertuduh di sebuah unit kondominium No. 306, Blok C, Sunway Kondominium, Bandar Sunway pada pukul 10 malam, 12 Jun 2010.

Namun Sanggar mengakui telah melakukan kesilapan pada butiran label bekas air kencing milik Saiful Apek dan tertuduh wanita, Noremy Mohamad apabila menulis tarikh 12 September 2010 sedangkan tarikh sebenar ialah 12 Jun 2010.

Ketika diminta peguam Zambri Idrus yang mewakili tertuduh untuk menjelaskan kesilapan tersebut, saksi berkata, tidak apa yang perlu dijelaskan kerana ia memang kesilapannya.

Zambri kemudian menuduh Sanggar berbohong dan kemungkinan barang kes telah diganggu namun anggota itu menafikan.

sumber: kosmo.com.my

Pejabat Apek Disimbah Cat Hitam


KOTA BHARU – Setelah berdepan tohmahan yang menjadi punca putusnya pertunangan seorang gadis, penjaga gawang nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat (gambar kecil), 23, atau Apek dilanda dugaan lagi apabila pejabatnya, Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn. Bhd., di Jalan Seri Cemerlang di sini disimbah cat hitam.

Perbuatan khianat yang dipercayai dilakukan individu tidak bertanggungjawab itu merupakan yang ketiga sejak 5 Februari lalu sehingga mendorong Apek dan pihak pengurusannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini kelmarin.

Tindakan itu terpaksa diambil kerana mereka bimbangkan keselamatan diri masing-masing setelah keadaan sama berulang dua hari berturut-turut.

Menurut pengurus syarikat itu, Seiyed Ahmad Mohamad Yusoff, dalam kejadian pertama 5 Februari lalu, pintu depan pejabat itu disimbah cat hitam dan diikuti kejadian kedua pada Sabtu lalu yang menjadikan papan tanda dan pagar tempat simbahan cat tersebut, manakala dalam kejadian ketiga kelmarin bahagian lantai dan dinding luar pejabat sehingga ke bumbung pula menjadi ‘mangsa’.

“Ketika kejadian pertama berlaku, Apek dan kami cuba berfikiran positif dengan menjangkakan ia cuma perbuatan nakal budak-budak tetapi apabila berlaku kejadian kedua dan ketiga, kami mula mengesyaki sesuatu yang tidak baik,” katanya ketika ditemui di pejabat KFR di sini semalam.

sumber: kosmo.com.my

Fesyen Artis Paling Teruk 2011

Artis dan Fesyen memang tidak boleh dipisahkan. Oleh itu setiap artis perlu bijak menjaga penampilan agar tidak menjadi bahan cacian dan umpatan. Selain perlu tampil cantik, artis juga perlu mengambil kira tatasusila kerana  bukan budaya orang Malaysia berpakaian menjolok mata.  Selain itu, ada juga sebilangan artis yang kurang bijak memilih pakaian ketika menghadiri acara karpet merah sesebuah acara hiburan. Bukan sahaja tidak mengikuti tema pakaian yang ditetapkan, malah nampak tidak sesuai dengan tubuh badan. Jom tengok beberapa gambar artis yang berpakaian jelek untuk tahun 2012

Miera Liyana

Fasha Sandha

Amanda Imani

Nor Syuhada @ Dottie

Allana Amir

Najwa Latif

Didie Alias
sumber:mediamalaya

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 26

AJL 26: Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 26, Hafiz Ungguli Anugerah!

Daripada 12 buah lagu yang berjaya melangkah ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu 26, hanya 5 lagu bertuah yang berjaya merangkul anugerah iaitu Juara Lagu 26, Naib Juara Lagu 26, Tempat Ketiga Juara Lagu 26, Persembahan Terbaik dan juga Vokal Terbaik.

Apa yang menarik, pemenang tempat pertama akan membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000, tempat kedua pula membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000, tempat ketiga pula akan membawa pulang RM12,000. Manakala pemenang Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik pula masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 seorang.

Pengumuman penuh berdebar-debar semalam turut menyaksikan kejutan dari penyanyi, Hafiz telah berjaya merangkul trofi Juara Lagu AJL 26 dengan lagunya, “ Awan Nano”. Dia turut merangkul trofi Vokal Terbaik sekaligus mencipta sejarah sekali lagi.

Tidak ketinggalan, “Beribu Sesalan” yang dibawa oleh 3 Suara turut berjaya merangkul Naib Juara AJL 26 dan ini telah menghangatkan lagi suasana dan keghairahan peminat. Faizal Tahir pula berjaya merangkul trofi tempat ketiga AJL 26 dengan lagu “Karma”.

Persembahan Terbaik pula dirangkul oleh Alyah dengan lagunya berjudul Kisah Hati.

Berikut adalah senarai penuh lagu yang berjaya merangkul Anugerah Juara Lagu 26 sebentar tadi.

Juara Lagu Ke 26
Awan Nano oleh Hafiz

Naib Juara Lagu Ke 26
Beribu Sesalan oleh 3 Suara

Tempat Ketiga Juara Lagu 26
Karma oleh Faizal Tahir

Persembahan Terbaik
Kisah Hati oleh Alyah

Vokal Terbaik
Awan Nano oleh Hafiz

sumber:ohbulan.com

Johan Botok Tidak Lupa Keluarga – Tidak Mahu Dibayangi Watak Botak Juvana


Namanya cukup sinonim di kalangan peminat seni tempatan biarpun masih setahun jagung melibatkan diri dalam industri seni. Mempunyai pakej lengkap sebagai pelakon membuatkan anak jati Kuala Lumpur ini terus menjadi perhatian pengarah dan penerbit sehingga wajahnya tidak putus menghiasi kaca televisyen sejak kebelakangan ini.
Melonjak naik setelah memegang watak sebagai Botak menerusi drama bersiri Juvana, Johan Ariff Asari atau Johan Asari dilihat berjaya meninggalkan kesan mendalam terhadap penonton sementelah lagi berjaya membawakan wataknya yang antagonis dengan baik.

Malah cubaannya menerusi drama bersiri Cinta Elysa sebagai teraju utama juga tidak menghampakan walaupun ada yang mengatakan dia tidak mampu menjiwai watak Aril dengan baik.

Lumrah sebagai bintang, Johan tidak dapat lari dari kontroversi dan pernah dikaitkan dengan pelakon Izreen Azmida dan heroinnya menerusi Cinta Elysa, Fasha Sandha. Namun semua itu tidak membuatkannya hanyut untuk terus mencipta nama.
Menjadikan pelakon Eman Manan, Datuk Rahim Razali, Farid Kamil dan Shahiezy Sam sebagai idola, anak muda yang baru berusia 26 tahun ini mengakui tidak pernah mengejar populariti.
Menurutnya, peluang yang diberikan pengarah Faizal Ishak, menerusi Juvana, tidak akan membuatkannya lupa diri, jauh sekali mendabik dada.
“Pesannya tidak pernah saya lupakan. Kalau mahu berjaya dalam bidang ini perlu serius terhadap apa sahaja watak yang diterima. Kalau boleh jangan memilih watak yang diberikan, maksudnya tidak semestinya hanya berlakon bagi watak utama sahaja sebaliknya menerima watak sampingan juga dan ini dilihat berhasil ketika saya melakonkan watak Botak dan Aril ketika melangkah ke bidang lakonan.
“Walaupun ramai berkata saya sudah dikenali dan semakin popular, namun semua itu tidak membuatkan saya lupa diri. Masih banyak yang saya perlu pelajari dalam bidang ini. Bahkan, saya perlu memastikan lakonan saya benar-benar berhasil di mata penonton.
“Buat masa sekarang, saya pasti mutu lakonan saya masih banyak yang perlu diperbaiki lebih-lebih pengalaman saya masih kurang jika dibandingkan dengan pelakon yang telah mencipta nama dalam bidang ini,” katanya.
Paling rapat dengan emak
Bercerita mengenai kehidupan peribadinya pula, siapa sangka, Johan rupanya ‘anak emak’. Menurut Johan, dia dan ibunya memang rapat jika dibandingkan dengan ahli keluarganya yang lain. Malah sikap manjanya turut diakui emaknya sendiri.
Johan berkata, jika mempunyai waktu terluang, dia lebih suka menghabiskan masa di rumah bersama emaknya, Datin Hajah Firdaus. Jika berkesempatan, dia juga sering menemani ibunya bertandang ke rumah saudara-mara mereka.
“Tidak hairanlah jika ramai mengatakan saya ini anak emak. Saya memang suka meluangkan masa dengannya. Lagi pun jika sibuk penggambaran, saya akan kekurangan masa bersama keluarga. Jadi masa yang ada perlu digunakan sebaik mungkin bersama mereka,” katanya.
Ketika ditanya bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya, Johan hanya ketawa besar.
“Saya meletakkan target antara 28 hingga 32 tahun untuk berkahwin. Saya tidak memilih jodoh sama ada di kalangan orang biasa mahupun artis, tetapi biarlah dia seorang yang taat kepada suami, hormat orang tua, pandai memasak dan bertudung,” katanya.
Menurut Johan, orang tuanya juga tidak pernah mendesaknya berkahwin. Malah tidak pula meletakkan sebarang syarat terhadap calon isterinya.
Tidak mahu dibayangi Botak
Walaupun dikenali dengan gelaran Botak Juvana, anak muda ini sebenarnya tidak mahu terus dibayangi watak antagonis itu. Ujarnya, biarpun ramai suka melihatnya dalam lakonan sebegitu, namun dia tetap cuba mahu memvariasikan lakonannya dengan pelbagai watak.
“Kita sedia maklum lakonan yang pelbagai mampu membuktikan kebolehan pelakon itu. Saya mahu dikenali sebagai pelakon yang versatil seperti idola saya dalam bidang ini. Sekurang-kurangnya, ia membuka lebih tawaran kepada saya lebih-lebih lagi jika saya berjaya membuktikan kemampuan sebagai pelakon di mata pengarah dan penerbit.
“Pun begitu, saya tidak pernah memilih, sebaliknya menerima tawaran yang diberikan. Cuma saya mahu berlakon pelbagai watak yang berbeza. Itu sahaja,” katanya.
Ingin melakonkan watak Islamik, Johan berkata, menerusi watak sedemikian ia dapat menguji tahap lakonannya.
“Saya rasa dalam industri ini agak sukar untuk mencari watak sebegini, jika ada pun ia tidak terlalu berat dan mencabar,” katanya yang kini muncul dengan drama bersiri Pelangi Kasih di samping Nabila Huda dan Beto Kusyairi, menerusi TV3.
Ingin jadi kaunselor
Walaupun telah bergelar pelakon, tetapi Johan tidak pernah melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang kaunselor. Bahkan pemegang Diploma Kaunseling Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim) ini berkata, pendidikan yang ada dalam dirinya sedikit sebanyak membantu dia lebih bijak berhadapan dengan khalayak ramai.
“Saya akui terpaksa melupakan bidang pendidikan buat seketika kerana perlu memberikan perhatian dan tumpuan terhadap bidang lakonan. Pun begitu, impian untuk menjadi kaunselor sentiasa tertanam di dalam hati. Insya-Allah, jika tiada aral melintang pasti ia akan dicapai,” kata pelakon yang pernah mendapat pendidikan tahfiz selama dua tahun di Batam dan Jambi, Indonesia ini.
Dalam pada itu, Johan juga turut bercita-cita menjadi penerbit selain mengukuhkan kedudukannya dalam bidang ini.
“Kini, saya sedang menguruskan sebuah produksi iaitu Kaleidoskop yang diuruskan bersama kakak. Untuk menjadi penerbit mungkin lebih mudah berbanding pengarah kerana banyak ilmu yang perlu saya gali jika mahu menjadi pengarah yang berkaliber,” katanya lagi.

Gambar Fasha Sandha Dan Jejai Sambut Tahun Baru Cina

Sempena tahun baru cina, Fasha Sandha dan Jejai bersama rakan yang lain tidak ketinggalan untuk menyambut Chinese New Year (CNY) 2012 di sebuah restoran terkemuka. Inilah semangat 1malaysia yang dapat ditunjukkan oleh Fasha disini. Kredit gambar kepada facebook Fasha Sandha.



Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia


PETALING JAYA: Dunia hiburan pada Jumaat telah dikejutkan dengan kematian penyanyi popular Izwan Pilus, akibat jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus yang serius.
Izwan, 32, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini beberapa jam selepas dimasukkan ke wad.
Pengurusnya, Shaiful Shazwan yang dihubungi mStar Online di sini mengesahkan berita sedih ini.
Katanya, Izwan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang.

Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah dimasukkan ke hospital tersebut pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam Jumaat selepas mengadu sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang.

“Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih,” kata Shaiful lagi.
Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan pada pukul 11 pagi Sabtu.
Pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril yang merupakan finalis Akademi Fantasia 7, pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi dekat sini akibat demam panas yang berpanjangan.
Anak kedua daripada empat adik-beradik ini bagaimanapun dibenarkan keluar dari hospital sebelum sakit semula sejak dua minggu lalu.
sumber:mStar

Senarai Calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPH 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH atau ABP) ialah majlis penganugerahan tahunan anjuran akhbar Berita Harian untuk memberi pengiktirafan kepada para seniman dan penghibur ternama yang paling digemari ramai. Para pemenang anugerah ditentukan oleh undian daripada para pembaca Berita Harian dan akhbar-akhbar lain terbitan The New Straits Times Press (Harian Metro dan New Straits Times) yang mengisi lalu menghantar borang undian yang tersedia dalam akhbar-akhbar berkenaan.


Sidang akhbar yang berlangsung petang semalam di Holiday Villa Subang telah mendedahkan senarai Top 5 Finalis ABPBH yang mempertandingkan 16 kategori.

Bersempena dengan sambutan Jubli Perak, ABPBH 2011 yang akan berlansung 3 April 2011 ini telah memperkenalkan 5 kategori khas iaitu Artis lelaki Popular Online, Artis Wanita Popular Online, Artis Asia Popular Online, Artis Lelaki Bergaya dan Artis Wanita Bergaya.

Berikut adalah senarai Top 5 Finalis ABPBH,

Penyanyi Lelaki Popular

1) Aizat
2) Anuar Zain
3) Black Mentor
4) Faizal Tahir
5) Hafiz

Penyanyi Wanita Popular

1) Alyah
2) Najwa Latiff
3) Shila Amzah
4) Stacy
5) Yuna

Artis Duo/Berkumpulan Popular

1) Sixth Sense
2) Bunkface
3) Fourteen
4) 3 Suara (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor)
5) Meet Uncle Hussain feat. Hazama

Artis Baru Lelaki Popular

1) Aeril Zafril
2) Awi Rafael
3) Beto Kusyairi
4) Hazama
5) Johan As’ari

Artis Baru Wanita Popular

1) Izara Aisyah
2) Najwa Latiff
3) Neelofa
4) Nur Fathia Latiff
5) Tasha Shilla

Pelakon Filem Lelaki Popular

1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Bront Palarae
4) Shaheizy Sam
5) Syamsul Yusof

Pelakon Filem Wanita Popular

1) Diana Danielle
2) Eja
3) Lisa Surihani
4) Maya Karin
5) Yana Shamsudin

Pelakon TV Lelaki Popular

1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Fauzi Nawawi
4) Fizz Fairuz
5) Remy Ishak

Pelakon TV Wanita Popular

1) Fasha Sandha
2) Nora Danish
3) Rozita Che Wan
4) Scha al Yahya
5) Tiz Zaqyah

Artis Komedi Lelaki Popular

1) Afdlin Shauki
2) Along Cham
3) Johan Raja Lawak
4) Nabil Raja Lawak
5) Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular

1) Aliza Abdullah @ Enot
2) Didie Alias
3) Kenchana Dewi
4) Norkhiriah
5) Sharifah Shahira

Pengacara TV Lelaki Popular

1) Aznil Hj Nawawi
2) Ally iskandar
3) Awal Ashaari
4) Faizal ismail
5) Zizan Raja Lawak

Pengacara TV Wanita Popular

1) Cheryll Samad
2) Fara Fauzana
3) Sharifah Shahira
4) Nurul Syuhada
5) Raja Azura

Penyampai Radio Lelaki Popular

1) AG
2) Aznil Hj Nawawi
3) Faizal Ismail
4) Halim Othman
5) Khairil Rashid

Penyampai Radio Wanita Popular

1) Abby Fana
2) Fara Fauzana
3) Linda Onn
4) Raja Azura
5) Sharifah Shahira

Anugerah Seri Perak

1) Aishah (1990)
2) Zainal Abidin (1991)
3) Eman Manan (1992)
4) Datin Sofia jane (1993)
5) Datuk M.Nasir (1994)
6) Ziana Zain (1995)
7) Datuk Siti Nurhaliza (1996-2001,2004 & 2009)
8) Rosyam Nor (2002)
9) Saiful Apek (2004)
10) Mawi (2005,2006)
11) Nabil (2008)
12) Shaheizy Sam (2010)

Aaron Aziz Cedera Di Set Pengambaran KL Gangster 2

Pelakon super-duper terkenal, Aaron Aziz terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara babak stunt dalam filem KL Gangster 2.

Menurut portal Murai, Aaron memilih untuk melakonkan sendiri ‘lagak ngeri’ dalam salah satu babak dalam filem berkenaan.

Dek kerana tersalah ‘landing’, mamat tu terpaksa ‘landing’ di katil hospital!

Tetapi kepada ribuan peminat Aaron di luar sana jangan risau, ujian X-ray TIDAK menunjukkan kecederaan serius yang dialami pelakon kelahiran Singapura itu.

Dalam erti kata lain, tak sampailah patah tulang temulang pelakon hebat tersebut

Apapun lebam-lebam jugalah badan dia khabarnya.

Agak-agaknya ‘scene’ apalah yang dia lakonkan sampai jadi macam tu?

Ni yang tak sabar nak tunggu KL Gangster 2 ni.

Yang pasti, kerja tu kerja lah jugak kan, harapnya Aaron kena ambil berat soal keselamatan apatah lagi dia bukanlah ada pengalaman sangat dalam buat kerja-kerja stunt sebegini

Bukan apa, malang tak berbau bro! – Oleh SYAHRIL A. KADIR-mynewshub

Sekitar Pengambaran KL Gangster 2 (gambar)



Pelakon
Syamsul Yusof,Aaron Aziz,Adi Putera,Sofi Jikan,Zizan,Sheera Iskandar dan Rosyam Nor

Sinopsis
Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah)mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.

Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.

Sementara itu,Tailong(Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tandukTailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatanTailong.

Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof)
merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.

King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya.

Bermulanya konflik dan dendam antara Malek danTailong. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?













Official Photographer KLG2 : Thehitman Nazri

Justin Bieber Hadiahkan Ford Mustang Kepada Kawan Baiknya


Penyanyi remaja popular, Justin Bieber memberi kejutan kepada seorang rakan rapatnya dengan menghadiahkan sebuah kereta jenama Mustang berwarna putih sempena hari Krismas.

Penyanyi berusia 17 tahun itu dilaporkan memberi hadiah tersebut kepada rakan zaman kanak-kanaknya, Ryan Butler ketika pulang ke kediamannya di Stratford di Ontario, Kanada sempena musim cuti Krismas.
Butler memuat turun gambar kereta itu bersama mesej dalam laman web Twitter.

“Justin menghadiahkan saya sebuah kereta,” tulis Butler dalam Twitter.

Setakat ini, Bieber dilaporkan mendiamkan diri berhubung hadiah itu, sebaliknya dia hanya memaklumkan pengalamannya bercuti bersama keluarganya dalam laman itu

“Saya berasa lega dan gembira kerana dapat menghabiskan masa bersama orang yang disayangi sempena Krismas ini,” jelas Bieber.

Dia juga memuat turun beberapa gambarnya bersama adik-adiknya Jaxon, 2, dan Jazmyn, 3 tahun.
Bieber tidak menyebut tentang teman wanitanya, Selena Gomez dalam mesejnya.

Kisah Silam Mahir Zain


Di Malaysia, Maher Zain bukanlah satu nama yang asing . Populariti lagu lagu nasyid yang dibawa menjadi fenomena dalam kalangan semua lapisan umur. Dari anak kecil hingga golongan berusia, boleh dikatakan kesemuanya boleh mendengar muzik yang dibawa oleh beliau . Dan dengan komitmen dan sokongan kuat dari rakyat Malaysia, bahkan maher zain telah menyanyikan sebuah lagu popular beliau iaitu InsyaAllah yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Sesuatu yang boleh dibanggalan melihat seorang penyanyi berbangsa Sweden menyanyi dalam loghat dan bahasa kita. Namun, sebelum bergelar seorang penyanyi yang membawa aliran Islamik dan Ketuhanan , Maher Zain dahulunya pernah melalui episod episod hitam dalam dirinya sebelum menemui hidayah sebenar dari Allah.Ikuti kisah silam maher Zain dengan membaca rencana dibawah :


Maher mendapat mendapat inspirasi  daripada ayahnya untuk terlibat dalam bidang muzikal,. Ayahnya adalah penyanyi solo yang selalu membuat persembahan di bandar Mediterranean iaitu Tripoli.

Keluarganya berpindah ke Swedan apabila Maher berumur 8 tahun, di sana dia meneruskan persekolahannya dan akhirnya masuk universiti dengan mendapat degree kejuruteraan penerbangan. Walaupun suasana telah berubah di sekelilingnya tetapi hanya satu yang masih kekal iaitu dia masih mempunyai minat yang mendalam dalam bidang musik. Dia akan meluangkan semasa  tengah malam  di sekolah dengan kawan-kawannya di mana mereka akan bernyanyi rap, buat lirik dan buat ujian dengan musik dengan berbagai cara. Itu tidak mengambil masa yang lama untuk menjadi ahli musik kerana sudah menjadi sebahgaian dari dirinya.

Selepas terlibat sebagai produser muzik di Swedan, Maher dikenalkan pula dengan RedOne, iaitu produser muzik yang cepat meningkat naik di bumi Swedan. Maher mula bekerja dengan RedOne dengan artis Sweden dan akhirnya berpindah ke New York. Untuk beberapa tahun dia berada di dunia muzik yang panas dan amt popular seperti Kat Deluna dalam albumnya yang mendapat hit tertinggi “Whine up” dan “Run the Show”.

Maher mendapat banyak peluang untuk mencapai cita-citanya sebagai seorang pemuzik yang berjaya dan glamour tetapi Maher merasakan bahawa bukan bukan itu yang dia impikan. “Saya cintakan muzik tetapi amat membenci persekitaran di sekelilingnya, seolah-olah apa yang berada disekeliling tidak betul”. Dalam masa itu Maher banyak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama seperti berhibur di kelab malam dan minum arak.

“Apa  saja perkara yang selalu dilakukan demi keseronokan selain dipengaruhi sikap nakal bagi anak muda zaman sekarang, mengusai diri saya”. Ketika itu saya sering bergaduh dan bertengkar dengan rakan.

RedOne adalah produser muzik yang amat terkenal pada ketika itu. Antara penyanyi-penyanyi yang pernah bekerja dengan produser muzik itu adalah Akon, Lady Gaga, Enrique Iglesias, Brandy, New Kids on the Block dan Michael Jackson. Walaubagaimanapun Maher merasakan ingin berehat sementara daripada industri muzik dan segala persekitarannya yang dirasakannya tidak sesuai dengan jiwanya. Dia merasakan ini adalah bukan suasana yang betul dan mengambil keputusan untuk kembali ke Swedan. Sehinggalah beberapa ketika semasa berada di sana dia berjumpa dengan sekumpulan saudara muslim yang berada dalam satu komuniti di Stockholm dan dia mula menghadiri ke masjid-masjid yang terdapat di sekelilingnya itu dan merasakan bahawa suasana ini seperti dia telah kembali ke “rumah”.

Maher akhirnya merasakan bahawa dia telah berjumpa dengan jalan yang betul dan mempunyai perasaan ingin melakukan perkara yang sama seperti sebelumnya iaitu kembali dalam industri muzik tetapi dengan jalan yang berlainan dari yang sebelumnya. “Sekarang saya ada satu perkara untuk memberitahu manusia di luar sana bahwa adalah amat senang untuk kembali ke jalan yang sebenar-benarnya sekiranya kita membuka mata dan melihat dengan sebaiknya, itulah apa yang berlaku pada saya.”

Biodata Maher Zain :

Nama: Maher Zain
Umur: 29 tahun
Kewarganegaraan: Swedish (of Lebanese origin)
Pendidikan: BA in Aeronautical Engineering
Pekerjaan sebelumnya: Music Producer
Pernah bekerja dengan: RedOne (The Producer behind Lady Gaga, Akon etc)
Nama Album: Thank You Allah
Number of Tracks: 13
Tarikh dipasarkan: 1st of November 2009
Label rekod: Awakening Records
Peminat facebook melebihi 3 juta: http://www.facebook.com/MaherZain

Justin Bieber Suka Bola Sepak


Justin Bieber rupa rupanya minat bermain bola sepak, baru-baru ini Justin dilihat sedang berlatih bola sepak bersama pemain bola terkenal dunia. Kekasih Selena Gomez itu menghabiskan harinya dengan pemain terkenal Spanyol Fernando dan Inggris Frank Lampard di tempat club international Chelsea, Stamford Bridge.


Penyanyi, yang hit di seluruh dunia dengan lagu Baby, Never Say Never dan One Time, meluangkan waktu untuk berlatih bola sepak secara profesional dalam mengawal bola. Bahkan pada awal tahun ini Justin merancang akan berlatih bersama club besar Barcelon ketika bercuti di Spanyol nanti.

Artis Kontroversi 2011




Sehangat pemain politik negara, golongan artis atau personaliti juga tidak kurang hebatnya mencipta kontroversi. Walaupun sesetengah kontroversi itu dilihat seperti sengaja diheboh-heboh untuk meraih perhatian, tetapi ada juga yang bertujuan untuk menjatuhkan. Setelah dibelek-belek dan difikir-fikirkan, di sini GUA senarai lima personaliti paling kontroversi untuk Tahun Arnab ini.

1) Azwan Ali
Kalau bercerita pasal personaliti seorang ini, memang kita tidak boleh nafikan dia seorang yang suka mencari publisiti dengan mencipta kontroversi. Walaupun jarang muncul di televisyen, tetapi Azwan tidak pernah sunyi dengan pelbagai cerita. Tahun ini perang Twitter antara Azwan  dan Didie Alias paling menyengat . Semuanya bermula apabila Azwan Ali melalui Twitternya mengatakan dua orang hos untuk satu rancangan game show (dipercayai merujuk kepada Didie Alias dan Enot) macam chimpanzi.  Berang dengan tindakan Azwan itu, Didie Alias telah membalas kesemua tweet yang dibuat oleh Azwan. Berlaku satu insiden di mana Azwan telah melarikan diri daripada Didie Alias apabila mereka terserempak dalam satu acara hiburan. Menurut mereka yang berada di tempat kejadian, Azwan tidak berani bersemuka dengan Didie. Persoalannya, kenapa harus takut kalau tidak ada buat salah?

2) Gambit
Kontroversi yang dikaitkan dengan pelakon ini tidak ada kena-mengena dengan kerjaya lakonannya, sebaliknya tugasnya sebagainya pengarah klip video lagu ‘Marilah’ yang dinyanyikan oleh Prema Yin. Klip video itu dikutuk habis-habisan kerana menampilkan adegan-adegan kurang sopan yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Tambah mengeruhkan keadaan, Gambit tidak boleh menerima kritikan tersebut. Dia sebaliknya tampil dengan kenyataan angkuh yang meminta supaya orang lain tidak masuk campur dalam urusan produksi itu. Malah, Gambit juga memaki-hamun segelintir blogger yang mencemuh dirinya.  Kontroversi ini berakhir setelah Gambit memohon maaf.

3) Neelofa
Tidak keterlaluan kalau GUA katakan tahun 2011 ini adalah tahun membawa tuah kepada Neelofa. Saban hari, ada sahaja cerita tentang gadis ini. Dalam masa yang sama, satu demi satu kontroversi hinggap di bahu pendatang baru ini. Timbul desas-desus mengatakan Lofa dibenci oleh segelintir artis wanita yang sudah lama berada dalam industri. Fazura adalah salah seorang daripadanya. Mengikut cerita orang produksi, Fazura telah bergaduh dengan Lofa di set penggambaran ‘Tahajjud Cinta’ kerana mendakwa Lofa cuba merampas kekasih hatinya yang merupakan seorang kerabat diraja.  Selain itu, Lofa juga dikatakan sebagai punca perpisahan antara Shahz Jaszle dengan Maria Farida.

4) Jimmy Shanley
Personaliti Astro ini menjadi perhatian ramai apabila masalah rumahtangganya berantakan. Pelbagai cerita timbul apabila isterinya Suhaila menuntut cerai di usia perkahwinan mereka baru menginjak ke beberapa bulan. Setelah kes dibawa ke mahkamah, barulah umum mengetahui bahawa Jimmy dan Suhaila sudah tidak tinggal sebumbung selepas 20 hari bernikah.  Kemelut rumahtangga Jimmy bagaikan tidak berpenghujung apabila Suhaila tetap bertegas mahu berpisah walaupun Jimmy dilihat mahu beralah dengan memaafkan semua kesalahan isterinya itu. Buktinya, Jimmy pernah memberitahu yang dia akan menarik balik kes nusyuz terhadap isterinya itu. Sehingga kini, tuntutan cerai Suhaila terhadap Jimmy masih belum selesai.

5) Khairul Fahmi Che Mat
Penjaga gol skuad Harimau Muda ini selain dipuja kerana kehebatannya beraksi di padang, dia juga tidak ketinggalan dengan cerita-cerita yang kurang menyenangkan. Namun, di antara banyak-banyak cerita itu, berita putus tunangnya menjadi bualan hangat. Ekoran perpisahan dengan Elia itu, ramai peminat menuduh Khairul Fahmi atau Apek kaki perempuan atau ‘playboy’. Oleh kerana kurang senang dengan pelbagai spekulasi yang timbul, Apek akhirnya tampil membuat penjelasan kerana mahu menjaga maruah diri dan keluarga.  Jelas Apek, semua yang berlaku bukan kerana orang ketiga tetapi kerana masalah yang sudah lama berpanjangan.
Walaupun penjelasan Apek itu sedikit sebanyak mampu meredakan cakap-cakap orang di sekeliling, namun Apek terus-terusan menjadi bahan berita apabila dia akhirnya mengaku menjalin hubungan cinta dengan Dahlia, perempuan yang dikatakan menjadi orang ketiga di antara dia dan Elia.

sumber:gua.com