Lawak:Suami Terbaik


Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab esklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut:

“Hello?”

“Abang, nie sayang nie,”

“Emmm…”

“Abang masih ada di kelab lagi ke?”

“Iya.”

“Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?”

“Berapa harganya?”

“Cuma $1500.00 aje”

“O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat”

“Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu “

“Berapa harga yang dia bagi?”

“Cuma $280,000 …”

“O.K tapi pastikan harga tu dah on the road.”

“Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi…”

“Apa?”

“Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan…. pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu… sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . “

” Berapa harga yang mereka minta?”

” Cuma $740,000… O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . .”

“Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?”

“OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!”

“Bye… I Love you too…”

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

“ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? “

[LAWAK] Harta Pusaka Nenek


Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : “Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek…”

Rahmat : “Jangan cakap macam tu, nek…” (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung… dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : “Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek.”

Rahmat : “Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu… Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?”

Nenek : “Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya.”

Rahmat : “?????”

Cerita Lawak : Sejarah Nama Negeri Pahang


Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

Fakta Lawak


1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Kisah Dua Hantu Yang Sengal


Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

“Apsal kau ni asyik menggigil je?”

“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.

“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.

“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.

“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”

“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”

“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.

“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.


P/s : hahaha, sengal punya hantu B

Temubual Bersama Usahawan Biri-Biri Yang Berjaya


Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....

Kenapa Pakcik Terkangkang


Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?
Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.
Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.
Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?
Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...

Kisah Liana


Kisah Liana | Pada suatu hari, di suatu petang yang hening. Tatkala burung-burung lain sudah pun pulang ke halaman masing-masing. Liana menangis di hadapan ibu dan bapanya.

“Sungguh memalukan!!”, bertak si ayah.
“Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!!”, Liana terisak-isak di hadapan bapaknya.
“Menyesal???? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah tercemar!! … belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak!!” herdik bapak Liana.

Gambar hiasan – Apakah ini rupa paras Liana?

“Sudahlah bang”, mak Liana menyampok, “Kita bincangkan sekeluarga.”
“Nak bincang aper lagi? …anak awak nie dah mengaku…… issshhh…….” balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar.

Liana betul betul menyesal dgn pengakuannya itu… kalau dia tahu bapaknya jadi camnie dia diam je… toksah mengaku lagi baik. Seluruh hidupnya seakan-akan runtuh di depan matanya, masa depan dia gelap? … dia telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya. Dia tahu masyarakatnya tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia tahu keluarganya dah kecewa. What a letdown? (Sigh).

Di satu pagi yg hening dia keluar menuju ke arah satu bangunan pencakar langit yang tinggi. Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai ke atas bumbung bangunan itu. Dia memandang ke bawah… dia lihat kereta dan orang ramai bersepah kat bawah macam semut-semut yg baru kena spray dgn Baygon. Liana dah nekad apa terjadi…. jadilah….. Dia dah memalukan keluarganya, dia mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas kelemahannya itu.

Liana tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis. Emaknya lah tempat dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala sejuk, menyuapkan dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya juga terbayang dimata. Sambil mengesat airmatanya, dia menarik nafas panjang… berjalan kehadapan hingga ke hujung bangunan itu. Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dirinya terjatuh melayang ke bawah… dia dapat rasakan angin yg begitu deras memukul mukanya… jantungnya berdegup pantas bila dia melihat bumi semakin dekat….. dgn satu tarikan nafas yg dalam, Liana mengembangkan sayapnya, SWOOOOOSSSSHHHHHHHHH!!!…….. dia boleh terbang???
“Yessss! Yessss! Yessssssssssssssss! I’ve made it!!!!!”, dia memekik keriangan.

Finally dia dapat melawan fobianya… dia sudah no longer afraid of height… sebagai seekor burung, itulah yg sepatutnya menjadi fitrah semulajadi… selama ini dia takut….. ye dia takut pada tempat tinggi dan kerana ketakutan inilah membuatnya tidak mahu terbang… dah bertahun dia rahsiakan hal ini dari keluarganya…. Sebab tu bapak dia kecewa bila dia membuat pengakuan itu kerana memang tak pernah seumur hidup seekor burung takut pada ketinggian. Tapi sekarang dia dah tak takut, dia dah berani…. dia dah boleh terbang…

Sumber: Kumbang Jingga

KL Gangster - Komik


Kl gangster datang lagi dengan komik terbaru mereka.. 


lagi komik di bawah… 

Nangis

ni nangis keluar air mata ke air apa ni dah macam pili bomba la pulak

Kuda Dan Askar


Di sebuah kem tentera, seorang Jeneral sedang menunggu askar-askar yang lambat, dari jauh kelihatan seorang askar sedang berlari.

Askar: Minta maaf tuan, saya terlambat.

Jeneral: Kenapa awak lambat?

Askar: Saya bersiar-siar di bandar, tuan. Saya balik dengan bas tetapi di pertengahan jalan bas rosak, saya terus tahan teksi tapi sampai di satu ladang, teksi tu pancit, tuan, saya pinjam seekor kuda dari ladang tu tapi hampir 2 kilometer dari kem, kuda tu mati, tuan. Lepas tu saya terus berlari sampai ke kem ni, tuan.

Jeneral: Baiklah, awak boleh pergi.

Askar: Terima kasih tuan.

Selepas beberapa minit, seorang lagi askar muncul sambil berlari.

Askar: Minta maaf tuan, saya terlambat.

Jeneral: Kenapa awak lambat?

Askar: Saya bersiar-siar di bandar, tuan. Saya balik dengan bas tetapi di pertengahan jalan bas rosak, saya terus tahan teksi tapi sampai di satu ladang, teksi tu pancit, tuan, saya pinjam seekor kuda dari ladang tu tapi hampir 2 kilometer dari kem, kuda tu mati, tuan. Lepas tu saya terus berlari sampai ke kem ni, tuan.


Jeneral agak ragu-ragu tetapi melepaskan askar itu juga. Beberapa jam kemudian, hampir 30 lagi askar pulang dan menceritakan cerita yang sama sehingga Jeneral menjadi semakin curiga. Pada malamnya, tentera yang terakhir sampai tercungap-cungap.


Jeneral: Jadi awak ni apa cerita?

Askar: Saya bersiar-siar di bandar, tuan. Saya balik dengan bas tetapi di pertengahan jalan bas rosak, saya terus tahan teksi tapi....

Jeneral: Biar saya teka, teksi tu pancit bukan?

Askar: Tidak tuan, banyak sangat bangkai kuda sampai teksi tu tak boleh lalu tuan.

Kempen Buang Sampah

Sila buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan

Abang Nak Parking Kereta


“abang parking kereta sini penuh lah.....”

“tak ape....abang ada idea...parking kereta paling selamat.....”

“kenapa bang, kat sini tak selamat kah?”

“maklumlah di negara orang ini kita kena berhati-hati...”

“ye lah....”

“sayang naik dulu...nanti bang parking kereta ye....”

10 minti kemudian....

“abang dah parking kereta kah?”

“dah....”

“kat mana..?”

“tengok lah sendiri....”



“Ya Allah bang...macam mana abang parking kereta kat situ???”

Lawak Jenaka Pak Pandir

Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.
Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, “Oi… Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat.” Pak Pandir menjawab, “biar berjimat, habiskan dulu satu persatu.”
Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, “Hei… kenapa belum jalan?” “Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik,” jawabnya.
Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. “Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?” tanya polis.
“Aduh… lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal.”
Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..
Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada .
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau……
Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan…
Pengurus : Pak Pandir, jika terdapat kecemasan, awak dail 911. Jangan lupa lagi.
Pak Pandir : Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11 di talipon ini..
Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..
Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia pun
Kerani : Di faks ini ada setem…..
pak pandir pandai skit la cakap bahasa inggeris, takat i am sorry, one sampai seven tu biasa bagi pak pandir.
alkisah, suatu hari pak pandir jalan-jalan naik keta ngan mak andeh gi kl. tetiba dia telanggar keta orang lain. alamak, orang putih la!, pak pandir mula gelabah, mak mandeh kata relaks abe?(ore klate) kecek la camana pun… pak pandir pun keluar dari keta, orang putih pun keluar gak, pak pandir pun kata – i am sorry. orang putih tu pun kata – i am sorry 2. pak pandir dengar 2 apalagi dia jawab la – i am sorry 3. orang putih tu penin, dia kata – what sorry 4.
pak pandir apa lagi, dengar 4 dia terus jawab – i am sorry 5. orang putih 2 lagi pening, pastu bini orang putih tu kuar dari keta, dia pun berkata – i thing this man must be sick (6). pak pandir dengar 6 dia jawab lagi dengan selamba – i am sorry 7…..
pak pandir: mak andih.. oo mak andih..
mak andih : ya bang.. awat nya?
pak pandir: rasa nk makan pisang la plak.. wak mai pisang emas kt dapoq tu..
mak andih : pisang tak masak lagi bang..
pak pandir: laaa.. gas abih dah ka?
mak andih : ????
Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:
“Panasnya dalam helikopter ini …”.
Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:
“Mahu tak panas tuan …kipasnya besar …tapi di luar …”
Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone …
“Wah Pak Pandir …ada handphone …ada coverage ka dekat sini …?”
Jawab Pak Pandir: “Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage”
Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu …
“Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah…RM20 sahaja.”
Tanya lelaki berkenaan : “Berapa longok semuanya?”
Jawab Pak Pandir : “Semuanya 20 longgok …”
Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti …..
“Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?
Jawab manager : “Cuti seminggu …oklah, saya bagi cuti seminggu.
Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.
Tanya si manager : “Kenapa dua minggu cuti?”
Jawab Pak Pandir : “Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah …
p/s: berfikirlah dengan warass..huhu