Cara Semak Saman PDRM & JPJ dengan SMS



Cara Senang Semak Saman Polis
Semak saman Polis Trafik (PDRM) Melalui SMS.

PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Ada 3 cara semak saman melalui SMS :

Cara #1 :
Taip: POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor pendaftaran/Plat kenderaan. Hantarkannya hantar ke 32728
Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 hantar ke 32728

Cara #2 :
Taip POLIS SAMAN<jarak>No Plat kenderaan dan hantar ke 15888
Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 dan hantar ke15888

Cara #3:
Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
Contoh : POLIS SAMAN 123456781234 hantar kepada 32728



Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ Melalui MyEG

1. Sila Masuk ke laman web http://www.myeg.com.my
2. Sebelum anda  menggunakan perkhidmatan ini, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu.
3. Selepas pendaftaran selesai, anda bolehlah login menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda.
4. Selepas itu pilih semakan saman yang anda ingin lihat.
5. Anda boleh terus membuat bayaran mana yang ingin anda lakukan.

Semak Saman Trafik PDRm dan JPJ Melalui Sistem Rilek e-services

1. Masuk ke laman web : https://www.rilek.com.my/rilek/users/login

2. Daftar terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan ini.
3. Selepas daftar barulah anda login menggunakan nama dan kata laluan anda.
4. Semak saman melalui menu yang diberikan.
5. Selain itu, anda boleh membuat bayaran terus melalui pekhidmatan perbankan online seperti maybank2u, cimbclick dan rhbonline.

Semak Saman Melalui JPJ
Laman semakan khas yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini pula hanyalah khas untuk saman yang dikeluarkan oleh JPJ. Ini bermaksud, anda tidak boleh menyemak saman seperti PDRM dan polis trafik. Cara semakan melalui portal JPJ adalah seperti berikut:

Masuk ke laman web: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman

Pilih melalui menu yang diberikan sama ada semak NO ID sahaja ataupun No ID dan No kad Pengenalan sekali.
Selepas itu, akan keluar paparan pilihan. Jika anda rakyat Malaysia, pilih Mykad atupun pilih pilihan lain yang berkenaan dengan anda.
Selepas itu masukkan captcha (kod keselamatan)
Dan Klik Semak.
Paparan semakan adalah seperti di bawah ini
semak saman jpj pdrm
Semakan melalui portal ini juga bolehlah dikatakan sebagai semakan yang tidak memerlukan anda mendaftart seperti semakan pada portal lain. Secara peribadi, kami juga lebih menyukai semakan saman melalui portal ini. Akan tetapi , kekurangannya adalah, ia cuma boleh menyemak saman yang dikeluarkan oleh JPJ
Semak Saman Polis  Melalui SMS

Selain melalui online, anda  juga boleh menggunakan  sistem pesanan ringkas (SMS).Cara semakan melalui SMS adalah seperti berikut:


Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]pada telefon anda dan hantar SMS ke 15888atau 32728.
Di bawah ini ditunjukkan infografik cara semakan saman trafik, JPJ dan PDRM secara sistem pesanan ringkas.
semak saman sms
panduan semakan secara SMS
Contoh POLIS SAMAN 891020103453 atau  POLIS SAMAN JHT4231


Cara Mengatasi Cerewet

Sikap cerewet sebenarnya bukanlah perkara baru. Lebih-lebih lagi antaranya yang suka berlagak diva atau perasan dirinya bagus daripada orang lain. Perangai cerewet tak tentu fasal ini boleh membuat­kan orang meluat.

Biasanya, orang cerewet tidak akan menyedari dirinya cerewet, namun orang di sekitar yang biasanya menjadi korban tempias kata-kata sinis dan bebelan yang tiada henti itu.

Cerewet sebenarnya adalah satu bentuk kemarahan yang dilontarkan dengan cara perlakuan atau percakapan dan dilakukan seseorang kepada orang lain. Selain itu, ia juga boleh diungkapkan sebagai rasa tidak puas hati terhadap sesuatu kerana ia tidak mencapai tujuan dan kepuasan dirinya. Keinginan yang tidak dipenuhi juga menjadi faktor utama sikap ini.

Menjadi seorang yang cerewet ini ada baik dan ada buruknya. Yang baik akan terkena ke atas tuan empunya badan dan yang buruknya pergi kepada orang sekeliling. Namun keadaan ini bergantung. Sekiranya orang di sekeliling juga jenis cerewet ataupun tak kisah, pastilah dia tak akan rasa menyusahkan. Tapi jika berdepan dengan individu berbeza yang perwatakan lebih rileks, si cerewet tadi akan dilihat menjengkelkan.

Dikatakan, sikap cerewet yang timbul mungkin kerana seseorang itu menginginkan sesuatu dalam keadaan sempurna sedangkan manusia dicipta dengan serba kekurangan.


Siapa lebih cerewet?

Jika disebut pasal cerewet, sinonimnya akan dikaitkan dengan wanita. Kebiasaan yang selalu kita dengar, wanita dikatakan cerewet berkaitan perihal kecantikan dan penampilan diri, kebersihan, kekemasan rumah dan termasuklah pemilihan keperluan seperti pakaian dan barang keperluan. Tapi bagaimana pula lelaki?

Jangan pura-pura merasakan diri seorang yang sederhana, wahai jejaka! Sebenarnya, ramai juga lelaki perwatakan cerewet. Tetapi mereka jarang menonjolkan sikap ini kerana ia hanya boleh dilihat dalam situasi tertentu. Contohnya, cerewet dalam hal berkaitan kenderaan adalah biasa.

Namun lebih menarik apabila ada sebahagian daripada mereka lebih cerewet daripada wanita. Isu seterika baju hingga perlu timbulkan garisan sering disuarakan si isteri, isu masakan kurang sedap juga menjadi cabaran bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Bukan orang dewasa saja, kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada sikap ini. Ada berpendapat, si kecil hari ini lebih cerewet daripada orang dewasa dalam memilih makanan? Walaupun si ibu menyediakan masakan yang sedap, si kecil akan menolak ke tepi dan tetap berkeras enggan memakannya. Jika menjamah pun hanya sedikit manakala selebihnya dibuang begitu saja.

Namun dalam sesetengah hal, perlu ada sikap ini dalam diri. Sebagai pengguna, kita harus cerewet dalam membeli dan pentingkan kualiti supaya tidak sewenang-wenangnya ditindas peniaga. Sikap seperti ini yang banyak dipraktikkan masyarakat Eropah, sekali gus menjadikan mereka sebagai pendesak yang kuat untuk mengelakkan kenaikan harga barang pada musim perayaan contohnya.


Apa perlu buat?

Ada kalanya untuk menghadapi teman yang cerewet, suka mengatur atau mengarah itu ini boleh buatkan kita kesal dan meluat. Daripada marah dan bermasam muka, kajian dilakukan Kolej Baruch, City University of New York menyarankan cara terbaik untuk menghadapi orang yang menjengkelkan adalah dengan mendiamkan diri. Alihkan pandangan dengan ubah topik lain atau anda lakukan aktiviti lain seperti menonton televisyen dan sebagainya.

Dikatakan, kondisi mental seseorang akan lebih sihat jika dia mendiam­kan diri atau berusaha untuk menghentikan pembicaraan dengan mendiamkan diri daripada terus berbicara dan melayan kerenah orang yang membuatkannya berasa jengkel. Selain itu, difahamkan, si cerewet selalunya cenderung bercakap laju tetapi lambat bertindak.

Sejak kecil hingga dewasa kita selalu diajar orang tua, guru dan motivator untuk sentiasa berusaha jadi pemenang, namun dalam situasi berdepan dengan si cerewet, tak ada salahnya untuk mengalah. Jika si dia membebel tak puas hati itu ini, seeloknya ambil tindakan yang boleh redakan ketidakpuasan hatinya. Mengalah tak bermaksud anda kalah. Berjaya membuat keadaan kembali normal tanpa ada pertengkaran atau pergaduhan, itu menjadikan anda seorang pemenang tanpa disedari.


Cuba elak

Semua orang mempunyai sikap cerewet terhadap sesetengah perkara. Jika ia bersebab dan munasabah seperti perihal makanan dan kebersihan, tak akan ada yang melenting dan mempersoalkannya. Namun elakkan diri untuk terjebak dengan sikap cerewet yang tak berasas contohnya cepat bengang sekiranya rakan sekeliling berborak panjang atau mudah menyinga sekiranya makanan dipesan lambat siap.

Apabila banyak bergaul dengan orang sekeliling maka kita akan bertemu dengan pelbagai kerenah manusia. Ada yang nampak baik, tapi bila ada hal sensitif akan terus melenting, tak kurang juga yang cerewet. Pendek kata sebut pasal sikap, ada pelbagai sikap positif dan negatif dan cerewet banyak dikaitkan dengan negatif.

Umpamanya, jika tidak berkenan di mata semua benda akan dikritik. Pada pandangan penulis, memang tidak salah menegur untuk kebaikan, namun janganlah semuanya dilihat salah. Sama juga dalam hal pemberian. Apabila pemberian orang lain tidak berkenan di hati maka dia akan mengata itu ini dan bukannya mahu bersyukur atau berterima kasih kepada orang yang sudi memberi.

Sikap seperti ini boleh dikategorikan sebagai melampau dan kita perlu elakkan supaya tidak sebati dalam diri. Jika kita benci melihat orang cerewet terhadap sesuatu tak relevan dan remeh, janganlah kita pula bersikap sedemikian jika tidak mahu dipandang jelek.

Kadang-kadang apabila diri terlalu cerewet kita akan terpinggir. Orang sekeliling akan menjauhkan diri. Oleh itu dalam menjaga persahabatan atau perhubungan dengan keluarga atau masyarakat, janganlah terlalu menunjukkan kita ini begitu dominan.

tags:menangani mertua cerewet,ibu mertua cerewet,mak mertua cerewet,kenapa wanita cerewet,suami,bos,menghadapi suami yang cerewet,suami cerewet makan,penyakit cerewet,pasangan cerewet,

Rahsia Wanita Cantik

(wawa zainal)gambar sekadar hiasan
Rahsia Gadis Wanita Mengekalkan Kecantikan dan Keayuan

Setiap Wanita pasti memiliki keinginan untuk kekal cantik dan ayu, dan kita juga percaya setiap wanita memiliki petua kecantikan tersendiri. berikut beberapa petua untuk mengekalkan kecantikan dan keayuan seorang wanita.

1) Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari

2) Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

3)Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4) Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

5) Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6) Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7) Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8) Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

9) Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10)Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

11)Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

12) Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

oleh - izza farhana

Cara Murah Rezeki

20 Amalan Cara Nak Murah Rezeki
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Diantaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

5 Perbuatan Baik Yang Bawa Padah??


Semua orang tahu bahawa tabiat yang tidak baik seperti merokok, tidak bersenam dan meminum minuman beralkohol memberikan kesan buruk terhadap kesihatan. Namun begitu, terdapat juga perbuatan yang baik tetapi boleh membahayakan badan kita. Antara 5 rutin yang boleh membawa padah adalah,


1. Kerap memakai cecair pembasuh tangan
Menurut Richard Gallo, MD, PhD, ketua bahagian Dermatology di University of California, San Diego, sebaiknya elakkan menggunakan cecair pembersih tangandengan kerap. Dalam sebuah kajian, dijelaskan bahawa cecair pembersihmengandungi triklosan yang membuat bakteria menjadi kebal dan berkembang lebihcepat. Hal ini juga berlaku pada semua sabun pencuci tangan yang mengandungitriklosan. Oleh kerana itu, Gallo menyarankan untuk mencuci tangan dengan sabun atau yang mengandungi alkohol minimum 60% kerana boleh membunuh bakteriasehingga 99%.


2. Kerap menukar produk kecantikan
Hasil yang lama membuatkan anda mencuba pelbagai produk kecantikan, bermula dari ubat jerawat sehinggalah pemutih kulit. Hal ini dejelaskan oleh Jody Levine,seorang dermatologis dari New York.
"Wanita biasanya mudah bosan dengan rutin kecantikan mereka, terutamanya jikamereka tidak mendapat hasil dengan cepat. Perlu diketahui bahawa, produkkecantikan akan memberikan hasil dalam sekitar enam atau lapan minggu selepaspenggunaannya, "ujar Levine.
Mencuba pelbagai jenis produk kecantikan akan menyebabkan kulit merah, warna kulit yang tidak sekata dan kulit berbekas. "Biasanya kulit seseorang berubahmenjadi sangat sensitif ketika mencuba terlalu banyak produk. Hal ini keranatingginya kandungan pewangi dan pembersihan dalam produk tersebut, "tambahLevine.


3. Memakai 'selipar Jepun' (flip flop slippers)
Ketika ingin mengelak dari kasut bertumit tinggi, anda pun memilih selipar jepun. Malangnya, menurut Jordana Szpiro, seorang podiatrist di Boston, kebiasaan tersebut tidak memberikan apa-apa pengaruh baik, bahkan berbahaya.
"flip flop slippers tidak memberi sokongan kepada struktur kaki dan boleh menyebabkan patah tulang kerana kaki menjadi tegang kerana disebabkan cuba menahan berat badan," jelas Szpiro.
Selain itu, otot-otot pada bahagian depan tulang kering (tibialis anterior) bekerja lebih keras daripada ketika kita berkaki ayam kerana jari-jari kaki cuba menahan selipar supaya tidak 'bergerak' ke mana-mana. Oleh kerana itu, adalah lebih baik jika anda memilih selipar jepun dengan penutup tumit, bertali besar serta mempunyai lengkungan pada telapak kaki(mengikut bentuk tapak kaki).


4. Menggosok gigi selepas makan
Memberus gigi terbukti boleh menjaga kesihatan gigi dan mulut. Namun para pakar gigi tidak menyarankan untuk terus memberus gigi selepas makan. Beberapa jenis makanan dan minuman seperti kopi, buah, atau minuman ringan mempunyai kandungan asid yang tinggi.
"Jika terus memberus gigi selepas minum minuman berkarbonat atau makan makanan yang masam, gigi boleh terhakis," kata Meinecke, jurucakap Academy of General Dentistry. Supaya tidak berlaku hakisan yang boleh mengakibatkan menipisnya lapisan gigi, sebaiknya anda berkumur dahulu untuk meneutralkan kandungan asid dalam mulut. Tunggu lebih kurang satu jam sebelum memberus gigi.


5. Latihan cardio untuk menurunkan berat badan
Jika anda fikir dengan latihan kardio sahaja boleh menurunkan berat badan dengan mudah, anda ternyata salah. Menurut Joseph Ciccone, DPT, CSCS, seorang ahli terapi di Columbia Doctors Eastside Sports Therapy di New York, "Jika anda hanya melakukan latihan kardio maka tubuh akan terbiasa dengan rutin tersebut dan mula membakar lemak lebih sedikit dari masa ke semasa."


Selain itu, melakukan gerakan sukan yang sama (kardio) terus-menerus juga boleh membuat otot-otot tegang dan cedera. Sebaiknya lakukan beberapa gerakan sukan lain dan sesekali rehatkan diri anda untuk menjaga denyutan jantung sentiasa stabil. Bahkan menurut Ciccone, mempelbagaikan jenis sukan, seperti berjoging dan kardio, dapat mengurangkan kalori dengan lebih banyak.

Cara Melebatkan Misai dan Janggut


Terdapat beberapa petua untuk melebatkan janggut.


1. Ambil setengah gelas santan pekat yg dicampurkan dengan 1/4 gelas air kayu cendana. Telur udang yang telah dihaluskan juga dicampur. Sapu campuran tersebut rata-rata pada janggut anda. Hasilnya amat memuaskan.


2. Pakai minyak bon . Tetapi ada caranya.. cukur sampai licin, kemudian sapu sikit air suam, kemudian baru sapu dengan minyak bon. Pantangnya, jangan makan benda berempah.

3. Gunakan minyak tanah campurkan dengan bawang putih dan tumbuk lalu lumurkan pada misai atau janggut

4.Ambil putih telur dan sapukan di kawasan yg anda inginkan mengikut bentuk citarasa anda tersendiri.. Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut.

13 Perkara Yang Menjauhkan Wanita Daripada Anda





Disini saya nak kongsikan dengan anda 13 perkara yang menyebabkan wanita menjauhkan diri daripada anda

MENINGGIKAN SUARA
Sesetengah lelaki,tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak elok la. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tak bersalah.

MAIN KAYU TIGA
Masalah main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.Elok la anda tinggalkan je lelaki macam ni dari anda terus sakit ati.

SUKA ‘CUCI MATA'
sesetengah lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tak akan peduli. Bagi mereka tak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang oi! Cuba kalau GF anda buat macam tu apa anda rasa??

MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak control. Segala gerak-geri kekasih dikawal Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tak mulalah tercetusnya pertengkaran sebab hal2 kecik tu. tapi ,bila aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih,mereka pula nak melenting? Macammana tu?

EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan
menjauhi anda.

PERASAN
lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tu.

MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih. Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakaikan?

KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita,mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Tapi harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. ada juga sesetengahnya pula suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah.

PANAS BARAN
masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang macam mana pula? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya,tapi kite sendiri kena pandai kawal.

TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya.Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! jadi jujurlah pada pasangan anda.

Wanita Suka Pada Anda Apabila..



Untuk mengetahui seseorang perempuan itu menyintai lelaki amatlah banyak kerana ianya terpulang kepada individu itu sendiri. Jadi disini saya akan memberikan dahulu 11 langkah sebelum saya mengulas lebih panjang dalam entri yang seterusnya.

1. Dia sering membuat 'eye contact' dengan anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dia merasakan anda seseorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.

2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar,  sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.



3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah. Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.


4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga mencubit anda dan bukannya 'body contact' dalam permainan rugbi. Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.


5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata, "adalah..." sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda.

6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.

7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.

8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar dengan mengulang perkataan "bosannye....."  atau mungkin bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan "saya belanja".

9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang 'stalker'!

10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda.

11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda. Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika anda susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.

P/S:Girls, ada penambahan?

Kelebihan Berkawan ~ Osman Affan


Cara Berkawan,Cara Mencari Kawan

Islam menyuruh kita untuk berkawan dan berkenalan dengan seberapa ramai orang yang boleh. Ada banyak kelebihan jika ada ramai kenalan atau kawan.

Antaranya kawan kita boleh menjadi :

  • tempat kita meluah perasaan
  • teman untuk kita berborak dan bertukar-tukar fikiran
  • boleh juga jadi pelanggan (kalau kita berniaga)
  • boleh menjadi teman dikala kita kesunyian 
  • boleh juga jadi penasihat kita kalau kita dalam kebuntuan
  • dan lain lain

Pepatah Melayu pun ada mengatakan ;
Berkawan biar beribu, berkasih biar satu!


Bermaksud, kita digalakkan untuk berkawan dengan seberapa ramai orang yang boleh.


Berikut merupakan sesi motivasi bersama
Osman Affan berkenaan Kemahiran Berkawan

Pembuka kata

Setelah anda fikirkan tentang kemampuan anda bersaing, anda akan nampak apa persediaan yang anda perlu lakukan mulai sekarang. Saya akan bincangkan mengenai kemahiran-kemahiran yang anda boleh perolehi semasa anda masih bergelar seorang pelajar.

Hari ini, mari kita bercakap tentang kemahiran yang anda sedia ada. Kaji diri anda. Apakah kemahiran atau kekuatan anda yang sedia ada? Apakah perkara yang anda dapat lakukan dengan baik?

Contohnya, anda mungkin pandai berkawan. Ramai pelajar suka berkawan dengan anda. Malah, anda boleh bergaul dengan mana-mana pelajar sekalipun sama ada mereka ini pelajar cemerlang, tidak cemerlang, pendiam, peramah, pemalu dan kaki buli sekalipun. Pandai berkawan adalah satu kemahiran. Jika anda tidak tahu kemahiran apa yang anda ingin kuasai sewaktu belajar, saya akan cadangkan anda belajar kemahiran berkawan.

Ini kerana, jika anda pandai berkawan, anda boleh menyesuaikan diri anda di mana sahaja anda berada nanti. Bukan itu sahaja, kawan yang baik adalah satu faktor penting dalam mencapai kejayaan. Lihat disekeliling anda. Lihat pada kawan-kawan anda tidak kira anda rapat dengan mereka atau tidak.

Suatu hari nanti, ada antara kawan-kawan anda itu akan capai kejayaan yang hebat dalam hidup mereka. Ada kawan anda yang jadi terkenal suatu hari nanti. Ada kawan anda yang akan berpangkat Dato’, Tan Sri atau Dato’ Sri nanti. Anda tidak nampak perkara itu sekarang. Jadi, jika anda pandai berkawan, kawan-kawan anda ini akan membantu atau sekurang-kurangnya memberi semangat kepada anda untuk berjaya suatu hari nanti.
Jadi, kita akan bincangkan macam mana caranya nak meningkatkan kemahiran anda untuk berkawan ini.


Mengapa perlu kemahiran berkawan?

Tahukah anda, menurut satu kajian di negara barat, lebih 80% pekerja dibuang kerja bukan disebabkan oleh masalah tidak pandai melakukan kerja. Tetapi mereka dibuang kerana mereka mempunyai masalah dalam sikap terutamanya masalah dalam bergaul dengan rakan sekerja.

Semasa anda berusaha untuk berjaya di zaman persekolahan dan universiti, anda lakukan untuk kejayaan peribadi anda. Anda bekerja keras belajar dan mengulangkaji dan hasilnya anda mendapat kejayaan individu.

Di tempat kerja, kejayaan anda bukanlah kejayaan individu. Anda perlu bekerjasama dengan pekerja lain untuk mencapai kejayaan secara berkumpulan. Jika anda tidak biasa dengan cara bekerja dalam berkumpulan, anda akan rasa janggal dan susah untuk menyesuaikan diri.

Lebih teruk lagi, jika anda masih terbawa-bawa sikap anda di zaman persekolahan di mana anda suka bekerja sendirian tanpa campur tangan orang lain. Anda perlu ingat, teknik dan strategi anda di masa lalu tidak menjanjikan kejayaan di masa akan datang. Maksudnya, untuk berjaya, anda perlu sentiasa sesuaikan strategi dan teknik anda dengan keadaan yang baru.

Disebabkan itu, saya cadangkan anda menyertai persatuan atau apa-apa projek yang dijalankan di tempat anda belajar. Mungkin ada projek mengutip derma, projek hari sukan, projek kembara, projek kempen membaca dan sebagainya. Banyak perkara anda boleh pelajari apabila anda menyertai projek atau program sebegini.

Satu contoh perkara yang saya ingin anda belajar semasa menyertai aktiviti di tempat anda belajar ialah:

Teknik berbincang di dalam kumpulan atau dalam mesyuarat. Perhatikan, adakah mudah untuk berbincang di dalam sesuatu perbincangan atau dalam sesuatu mesyuarat? Apakah masalah-masalah yang mungkin timbul apabila sekumpulan pelajar duduk berbincang tentang sesuatu yang hendak dilakukan? Katakan kalau ada guru yang turut serta dalam perbincangan itu, adakah perbincangan itu menjadi semakin sukar atau senang?
Ada masanya, anda tidak perlu tunggu hingga ada mesyuarat rasmi untuk perhatikan perkara ini. Anda boleh lihat juga ketika anda lakukan perbincangan kumpulan atau semasa anda melakukan belajar berkumpulan (study group). Jadi hari ini, fikirkan tentang soalan yang saya berikan sebentar tadi. Kita akan sambung perbincangan ini esok.


Tip #1

Semalam saya ada memberi cadangan supaya menyertai program-program dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di tempat anda belajar. Selain daripada mendapat pengalaman dalam melakukan tugas, anda boleh belajar bagaimana cara mahu bergaul dengan baik dengan kawan-kawan anda.

Jika anda menyertai aktiviti sebegini, kadangkala anda dapat berkenalan dan bergaul dengan pelajar-pelajar daripada sekolah. kolej atau universiti lain. Ini akan mengukuhkan lagi kebolehan anda untuk menyesuakan diri dan bergaul dengan orang daripada pelbagai latar belakang.

Hari ini, saya mahu anda lihat kawan-kawan disekeliling anda. Adakah anda ada ramai kawan? Atau, adakah anda mempunyai ramai musuh?

Ada pelajar yang mengadu kepada saya bahawa di sekolah beliau banyak pelajar yang jahat, sakit hati, dengki dan sebagainya. Disebabkan itu, beliau tidak suka bergaul dengan pelajar-pelajar disekolah beliau. Pernahkah anda rasa begini?

Hmm… mungkin ada pelajar yang nakal atau tidak berdisiplin di sekolah anda. Namun, jika anda langsung tidak mempunyai kawan walau ke mana-mana sahaja anda pergi, masalahnya mungkin berada pada kawan-kawan disekeliling anda. Maksud saya, mungkin andalah masalahnya!

Begini, apabila anda tidak mempunyai ramai kawan, anda patut kaji apakah sebabnya. Apakah benar pelajar-pelajar lain semuanya sombong hingga tidak mahu berkawan dengan anda? Atau, adakah sesuatu yang anda suka lakukan hingga tidak ada pelajar yang suka mendampingi anda?

Anda perlu berhati-hati, jika anda suka lakukan sesuatu yang membuat pelajar lain tidak sukakan anda, anda mungkin akan bawa perangai itu hingga anda masuk ke alam pekerjaan. Ini akan beri kesan yang tidak baik kepada anda nanti. Jadi, saya akan kongsikan minggu depan beberapa tips dalam mengelakkan diri anda daripada melakukan sesuatu yang boleh membuat anda dibenci oleh kawan-kawan di sekeliling anda…….

Tip #1.1

Banyakkan mendengar, kurangkan bercakap. Apabila saya katakan kurangkan bercakap, ia tidak bermaksud anda patut berdiam diri dan langsung tidak bercakap dengan kawan-kawan anda.

Ia bermaksud, anda perlu latih diri anda mendengar apa yang kawan-kawan anda perkatakan. Menurut pemerhatian saya dan pengalaman saya sebagai pelajar dulu, ada segolongan pelajar yang terlalu suka bercakap terutama sekali tentang diri mereka. Mereka sibuk bercerita tentang aktiviti, percutian, kerja sekolah, lawatan dan kegiatan masa lapang mereka. Masalah yang timbul selalunya ialah, mereka ini tidak berminat untuk mendengar cerita kawan-kawan lain pula.

Jika anda asyik sibuk bercerita dan tidak berminat mendengar cerita orang lain, orang lain juga akan mula hilang minat untuk mendengar cerita anda. Malah, lebih buruk lagi, mereka akan cuba menjauhi anda kerana bosan dan tidak mahu mendengar cerita anda yang tidak berkesudahan itu. Mahukah anda ini terjadi?

Ini yang boleh anda lakukan. Tidak salah untuk bercerita tentang diri anda. Tetapi, apabila kawan-kawan anda mula bercerita tentang mereka pula, anda tumpukan sepenuh perhatian kepada cerita mereka. Cuba fahami apa yang mereka katakan. Ketawa jika cerita mereka kelakar . Kemudian, tanya soalan berkenaan cerita mereka. Contohnya, jika kawan anda bercerita “minggu lepas aku pergi camping kat Gua Tempurung. Best la camping kat sana.” Jadi anda patut tanya, ” o ye ke… apa kau buat kat sana…?”

Dengan bertanya begitu, ia akan memberi peluang kepada kawan anda untuk bercerita tentang pengalaman beliau. Kawan-kawan anda akan rasa seronok kerana dapat bercerita dan apa yang bagusnya, mereka akan rasa seronok bila berada bersama anda. Setiap kali mereka lakukan apa-apa aktiviti, mereka akan teringat kepada anda kerana mereka tidak sabar mahu ceritakan kepada anda. Bukankah bagus begitu?

Tip #1.2

Tips pertama semalam menyuruh anda bertanya kepada kawan anda agar mereka bercakap lebih lanjut tentang cerita mereka. Hari ini, ada satu perkara yang perlu anda elakkan.

Seperti semalam, katakan kawan anda berkata, “Minggu lepas aku camping kat Gua Tempurung. best la camping kat sana.” Elakkan sama sekali daripada menjawab begini, “O ye ke…. ala biasa je Gua tempurung tu… aku pergi Gua Niah lagi best….. masa tu aku…… (terus buka cerita anda dan abaikan kawan anda yang baru nak buka cerita tadi…)…

Atau, anda jawab, “Bosan ah Gua Tempurung tu. Bukan ada apa. Aku dah biasa tengok dalam tv. Orang yang dah takde tempat nak pergi je yang pergi Gua tu……”

Selalunya, bila seseorang bercerita, kita rasa tak sabar nak ceritakan pengalaman kita yang mungkin serupa atau lebih hebat. Namun anda perlu berhati-hati dan bersabar. Beri peluang kepada kawan anda untuk bercerita dan menyerlah. Tidak rugi jika anda beri perhatian kepada kawan-kawan anda untuk bercerita.

Dalam masa yang sama, bayangkan apa yang anda rasa jika anda pula diperlakukan begitu apabila anda mahu membuka cerita….

Tip #1.3

Tips kemahiran berkawan yang pertama ini akan membantu anda untuk mudah menyesuaikan diri di alam pekerjaan nanti. Di pejabat atau di mana-mana sahaja anda bekerja nanti, anda akan jumpa orang yang suka bercerita tentang diri mereka dan tidak mengendahkan cerita orang lain.

Orang-orang begini selalunya akan dipulaukan tanpa mereka sedari. Kawan sekerja lain akan cuba mengelak dari berbual dengan mereka kerana bosan asyik terpaksa mendengar cerita mereka.

Apabila anda menjadi pendengar yang baik, kawan-kawan sekerja akan selalu mencari anda menceritakan kisah-kisah hebat mereka. Mungkin sekali sekala anda akan rasa penat mendengar cerita orang lain. Tetapi, apa yang bagusnya, kawan-kawan yang selalu mencari anda ini tidak akan lupakan anda apabila mereka ada sesuatu yang baik untuk dikongsikan dan diceritakan seperti peluang untuk naik pangkat, peluang perniagaan dan sebagainya. Tidaklah anda bosan bekerja keseorangan kerana tidak ada kawan yang berani mendekati anda.

Tip # 2

Berkawan dengan semua orang tetapi pilih siapa yang patut jadi kawan baik anda. Apabila anda bergaul dengan orang-orang disekeliling anda, anda harus pandai menyesuaikan diri. Ada satu kenyataan yang pernah saya baca menyatakan, anda mempunyai personaliti yang sihat apabila anda boleh bergaul dengan pelbagai jenis orang daripada pelbagai jenis latar belakang.

Maksudnya, jika anda ada personliti yang sihat dan anda pandai berkawan, anda boleh berkawan dan mesra dengan sesiapa sahaja tidak kira mereka pelajar cemerlang, tidak cemerlang, samseng, kaki gaduh, ajk surau, ketua pelajar dan sesiapa sahaja. Jika anda rasa anda hanya boleh bergaul dengan beberapa jenis orang sahaja, anda perlu pelajari dan berlatih bagaimana mahu luaskan kenalan anda.

Ini adalah kerana, apabila anda sudah bekerja nanti, anda akan jumpa pelbagai jenis orang…. mungkin anda akan jumpa seseorang dengan sifat dan perangai yang selama ini anda sangka tidak wujud langsung. Namun, dalam berkawan dengan semua orang ini, anda perlu juga memilih.

Walaupun anda mungkin berkawan dengan seorang kaki buli atau ketua samseng di tempat anda belajar, ini tidak bermakna anda rapat dengan mereka hingga anda juga jadi seperti mereka. Anda perlu berhati-hati siapa yang anda pilih sebagai kawan baik. Ini adalah kerana, kawan baik anda adalah cermin kepada keperibadian anda. Maksudnya, keperibadian anda akan dipengaruhi oleh keperibadian kawan-kawan baik anda ini.

Siapakah yang patut anda pilih untuk menjadi kawan baik anda? Satu tips daripada saya, jangan pilih berdasarkan harta atau populariti kawan anda itu. Pilih berdasarkan cita-cita mereka dan semangat mereka untuk berjaya.

Ada antara kawan-kawan anda yang sangat bersemangat untuk berjaya dan mempunyai cita-cita yang hebat. Mereka ini sentiasa berusaha untuk menuju ke arah matlamat mereka. JIka anda tidak dapat jadi kawan baik mereka pun, sekurang-kurang anda perlu cuba rapat dengan mereka agar anda dapat terikut-ikut dengan semangat untuk berjaya itu.
http://beritamaster.blogspot.com/
Tip # 3

Semasa saya menunggu keputusan sama ada mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara atau tidak, saya selalu menunggu kedatangan posmen. Saya selalu berharap agar posmen datang dengan senyuman dan memberikan surat yang mengatakan bahawa saya berjaya mendapat biasiswa tersebut. Apabila hari yang dinantikan tiba, seorang posmen benar-benar datang dan memberi saya surat yang membawa berita gembira tersebut.

Saya rasa, sejak itu, bagi saya posmen membawa maksud sesuatu yang gembira kepada saya. Maksudnya, setiap kali saya melihat seorang posmen, saya akan kaitkan beliau dengan berita gembira. Mengapa? Kerana beliau selalu membawa berita gembira kepada saya.

Tips untuk meningkatkan kemahiran anda berkawan hari ini ialah, anda perlu jadi seperti posmen tadi……. hmmm…. saya tidak bermaksud menyuruh anda menjadi posmen…

Maksud saya, saya menyuruh anda menjadi seorang pembawa berita gembira. Semua orang sukakan berita gembira buat mereka. Berita gembira amat menggembirakan…… (semua orang tahu tentang perkara ini kan?)

Setiap kali anda membawa berita gembira kepada kawan-kawan anda, mereka akan kaitkan anda dengan kegembiraan. Jadi, setiap kali mereka melihat anda, mereka akan rasa gembira. Bukankah itu yang anda mahukan?

Tip # 3.1

Seingat-ingat saya, saya ada ramai kawan yang suka membawa berita gembira ini. Kawan-kawan begini, rasa seolah tidak sabar untuk menceritakan berita-berita yang menggembirakan. Contoh berita gembira yang mereka bawa ialah berita tentang kejayaan seseorang, cerita tentang kebaikan seseorang, cerita tentang kesusahan yang diakhiri dengan kemenangan dan cerita-cerita menarik yang boleh membuat anda rasa seronok, gembira dan bersemangat.

Namun, anda perlu berhati-hati juga dengan apa yang saya maksudkan dengan berita gembira ini. Ada pelajar yang merasa gembira apabila mendengar cerita-cerita tidak baik seperti cerita tentang pelajar dirotan, gagal dalam peperiksaan dan juga gosip-gosip liar. Bukan ini yang saya maksudkan dengan berita gembira.

Anda juga perlu berhati-hati jika anda rasa gembira dan seronok apabila mendengar cerita-cerita tidak baik begini kerana….. ada kemungkinan anda adalah seorang berfikiran sangat negatif……. ya…. pelajar yang berfikiran negatif amat gembira apabila mendengar tentang keburukan dan kelemahan pelajar lain. Ini kerana, cerita-cerita begitu membuat mereka rasa lebih hebat…… menyedihkan bukan….?

Jadi, tips pertama untuk menjadi seorang pembawa berita gembira ialah, elakkan diri anda daripada membawa berita-berita yang tidak baik kepada kawan anda. Contohnya, anda mendengar sahabat A bercerita tentang sesuatu yang tidak baik tentang sahabat B.

Jangan anda pergi kepada sahabat B dan ceritakan apa yang sahabat A katakan. Ada dua sebab utama mengapa. Pertama, jika anda sampai berita itu, anda akan jadi pembawa berita buruk….. kedua, anda akan menyebabkan sahabat A dan sahabat B berbalah. Hakikatnya, anda mungkin tersalah faham apa yang sahabat A cuba katakan.

Jadi, anda perlu ingat, jangan jadi pembawa berita buruk dan gosip. Sikap ini biasa dilihat ditempat-tempat kerja. Majikan benci pekerja yang mempunyai sikap begini kerana ia akan merosakkan suasana kerja yang baik. Mengikut pengalaman saya sendiri, saya juga pernah memberhentikan seorang pekerja saya walaupun beliau mempunyai bakat dan bagus dalam kerja beliau. Mengapa? Anda boleh teka mengapa….

Tip # 3.2

Tips untuk menjadi pembawa berita gembira semalam ialah dengan mengelakkan diri anda daripada menyampaikan berita-berita buruk atau cerita tidak baik kepada kawan-kawan anda. Tips untuk hari ini ialah sampaikan berita gembira kepada kawan-kawan anda secepat mungkin.

Katakan anda mendengar berita  baik seperti kawan anda mendapat markah penuh dalam peperiksaan Matematik, sampaikan kepada beliau secepat mungkin. Tetapi pastikan berita itu betul kerana jika ia tidak betul kesan sebaliknya akan berlaku. Namun, satu perkara yang saya minta anda sampaikan kepada kawan anda secepat mungkin ialah berita berkenaan pujian kepada mereka.

Maksudnya begini. Katakan anda sedang bercakap dengan sahabat A dan sahabat A memuji sahabat B (sahabat B tidak ada disitu). Setelah anda mendengar pujian itu, anda perlu seberapa segera menyampaikan pujian itu kepada sahabat B. Tetapi jangan terlalu segera hingga anda terus tinggalkan sahabat A yang sedang bercakap tadi….

Dua perkara akan berlaku bila anda lakukan perkara ini. Pertama, anda akan jadi pembawa berita gembira. Sahabat B akan kaitkan anda dengan rasa gembira. Kedua, hubungan antara sahabat A dan B akan jadi bertambah akrab. Pujian yang disampaikan secara tidak berdepan begitu selalu membawa kesan yang positif. Sahabat B akan rasa bahawa pujian sahabat A itu adalah ikhlas dan boleh dipercayai. Jadi, hubungan mereka akan jadi lebih baik.

Suatu hari nanti ditempat kerja anda, lakukan perkara sebegini juga. Sampaikan pujian yang anda dengar kepada tuan punya diri. Anda akan disenangi oleh kawan-kawan sekerja anda nanti.

Bila ini berlaku, anda telah melakukan sesuatu yang baik dalam hidup anda…


Tip # 3.3

Daripada tips 3.2, ada satu perkara yang anda perlu pelajari. Saya ada katakan bahawa pujian yang disampaikan dibelakang tuan punya diri akan berbunyi ikhlas dan mendatangkan kesan yang baik. Jadi tips untuk hari ini, jika anda hendak memuji kawan-kawan anda, puji mereka tanpa kehadiran mereka. Maksudnya, puji mereka semasa mereka tidak ada bersama anda.

Jika anda bercerita tentang perkara yang tidak baik tentang kawan anda dibelakang mereka, itu adalah gosip dan mengumpat. Perbuatan ini adalah sangat tidak baik dan boleh merosakkan hubungan dan juga nama baik anda. Tidak ada orang yang suka kepada seseorang yang suka mengumpat dan menyebarkan gosip. Tetapi, jika anda puji kawan ada dibelakang mereka, perkara sebaliknya akan berlaku. Anda akan dilihat sebagai seorang yang ikhlas dan baik hati.

Apabila anda sedang berborak-borak dengan sekumpulan pelajar dan anda mahu bercerita tentang pelajar lain, ceritakan tentang yang baik sahaja. Jika anda kawan anda dalam kumpulan itu yang bercerita tentang keburukan pelajar lain, anda jangan turut serta dengan memberi komen atau menambah-nambah cerita itu. Jika sesi bercerita tentang keburukan pelajar lain itu berterusan, minta diri dan tinggalkan kumpulan tersebut seketika.

Tujuan saya berkongsi tips ini bukanlah untuk memanipulasikannya dan cuba buat anda kelihatan baik di depan kawan-kawan anda. Tips ini adalah untuk anda amalkan dan jadikannya sebahagian daripada perwatakan anda. Anda akan jadi insan yang lebih baik jika anda sebarkan pujian dan berita baik berbanding jika anda sebarkan kutukan, fitnah, gosip dan berita buruk.

Jadi, mulai hari ini, fikirkan, apakah perkara baik yang anda boleh puji kawan-kawan anda? Apakah berita-berita baik yang anda boleh kongsikan bersama mereka?

Tip # 4

Adakah anda kenal mana-mana kawan anda yang dikatakan ‘mulut laser’? Hmm… saya rasa anda tentu faham apa yang dikatakan mulut laser ni. Secara ringkas, pelajar yang bermulut laser ialah pelajar yang tidak menapis apa yang dikatakannya dan kata-kata mereka selalu menyakiti hati kawan-kawan yang lain.

Contohnya, apabila ada seorang kawan gagal dalam peperiksaan, pelajar mulut laser ini akan dengan selambanya berkata, “tu la, suruh belajar tak nak, kan dah jadi bodoh macam ni….”. Hehe… ini cuma contoh sahaja. banyak lagi contoh lain sebenarnya tetapi tidak sedap pula kalau saya kongsikan di sini.

Namun, secara umumnya, pelajar bermulut laser memang ada di mana-mana. Mereka ini tidak semestinya pelajar yang nakal atau tidak berdisiplin. Mereka ini tidak semestinya pelajar perempuan kerana ramai juga pelajar lelaki yang bermulut laser.  Selalunya juga kalau pelajar lelaki bermulut laser, lebih dahsyat daripada pelajar perempuan yang bermulut laser kan…?

Tips ke 4 ini akan membincangkan tentang cara pertuturan anda dengan kawan-kawan anda. Ingat, apa yang anda tuturkan atau cakapkan menggambarkan apa yang ada dalam hati anda. Jadi, anda perlu tahu serba sedikit bagaimana caranya untuk bercakap dengan baik dan sopan dengan kawan-kawan anda.


Tip # 4.1

Ada beberapa alasan popular yang digunakan oleh pelajar bermulut laser mengapa mereka lebih suka bermulut laser daripada tidak. Antara alasan mereka ialah, “Saya tidak suka bercakap bohong.

Saya cakap perkara yang benar sahaja walaupun benda itu menyakitkan orang yang mendengarnya”, atau “Saya bukan nak sakitkan hati sesiapa, saya cakap benda yang betul. Kalau ada orang terasa, nasib la…”, atau “La… cakap sikit pun nak sakit hati ke…. masuk dalam hutan la kalau tak nak sakit hati….”

Pada pendapat peribadi saya, memang tidak salah kalau kita bercakap benar, memang itu yang patut kita lakukan. Namun, saya percaya, pelajar yang bermulut laser selalunya tidak tahu alternatif kepada cara untuk menuturkan apa yang mereka mahu katakan.

Contohnya, bila anda melihat seorang kawan memakai baju yang kelihatan agak kotor, pelajar bermulut laser akan kata, “kau tak basuh baju kau ke? Nampak kotor sangat ni…”. Alternatif kepada soalan itu ialah, “Baju kau kena apa?” atau lebih mudah, “kenapa baju kau kotor?”.

Apa yang saya hendak tunjukkan di sini ialah, pelajar bermulut laser selalunya terus membuat andaian negatif kepada apa yang mereka lihat. Jadi, tips hari ini ialah, jika anda lihat sesuatu, elakkan daripada menyoal soalan yang diikuti dengan andaian yang negatif.

Jika anda lihat kawan anda lambat ke sekolah dan mahu tanya sebabnya, anda cuma perlu tanya “kenapa kau lambat tadi?”, jangan tanya begini, “Kenapa kau lambat, bangun lambat eh…? Ni mesti tak sembahyang subuh pagi-pagi ni….”. Hmmmm… anda boleh bayangkan apa perasaan kawan anda apabila anda bertanya dengan soalan berbentuk laser itu.

Soalan yang tidak laser selalunya lebih pendek dan tidak menyakitkan hati. Anda perlu ingat, apabila anda tamat belajar nanti, anda mungkin jumpa orang-orang yang bermulut laser. Anda akan dapat lihat bahawa orang-orang begini selalunya dijauhi oleh kawan-kawan yang lain. Apa yang menyedihkan, orang yang bermulut laser ini tidak sedar yang dia sedang dipulaukan. Jadi, dia terus seronok dengan tabiat mulut lasernya. Bukankah ini sangat menyedihkan?

Tip # 4.2

Kebiasaannya, anda tidak sedar yang anda adalah tergolong dalam golongan pelajar bermulut laser. Ini disebabkan tidak ada sesiapa yang mahu menegur apa yang anda lakukan. Selalunya juga, pelajar-pelajar lain sebenarnya tidak tahu bagaimana caranya mahu menegur anda. Ini boleh menyebabkan anda dipulaukan tanpa anda sedari. Jadi, bagaimana cara untuk mengetahui sama ada anda adalah pelajar bermulut laser atau tidak?

Satu tips mudah ialah, jika anda lihat kawan-kawan mula meminggirkan anda apabila anda mahu turut sama berbual dengan mereka, itu mungkin satu petanda walaupun banyak perkara yang boleh menyebabkannya.

Namun tip saya hari ini ialah, perhatikan reaksi muka kawan-kawan anda apabila anda bercakap atau memberi komen tentang sesuatu. Anda tidak akan sedar apa yang sebenarnya dituturkan oleh mulut anda tetapi anda boleh lihat reaksi kawan-kawan anda yang mendengarnya. Bayangkan jika anda menjadi mangsa mulut laser, bagaimanakah reaksi anda?

Jika anda sedang bercakap dengan penuh ‘laser’ anda akan dapat lihat reaksi tidak selesa, marah atau air muka kawan-kawan anda berubah. Apa yang peliknya, pelajar bermulut laser selalunya merasa bangga bila boleh bercakap sesuatu yang boleh menyebabkan air muka kawan-kawan mereka berubah begini.

Jika anda sedar bahawa kebanyakan masanya apabila anda bercakap air muka kawan-kawan anda berubah seperti yang saya jelaskan tadi, anda berkemungkinan tergolong dalam pelajar bermulut laser. Apabila anda telah sedar perkara ini, anda boleh mengelak daripada melakukannya di lain masa.

Mulai hari ini, cuba perhatikan reaksi kawan-kawan anda selepas anda bercakap. Itu semua memberi maklumat yang penting kepada anda. Elakkan daripada mengatakan sesuatu yang boleh membuat air muka kawan-kawan anda berubah kerana rasa marah atau malu.

Tip # 4.3

Ada masanya, anda mahu memberi komen atau teguran yang mungkin mengguris hati kawan-kawan anda. Namun, jika anda tidak memberi komen atau teguran tersebut, kawan anda mungkin akan meneruskan kesilapan beliau. Anda juga mungkin bimbang jika anda katakan sesuatu yang mengguris hati, anda akan tergolong dalam pelajar bermulut laser pula.

Begini, menegur atau memberi komen yang mengguris hati tidak semestinya bermaksud anda bermulut laser. Namun anda perlu memilih masa dan tempat yang sesuai semasa memberi komen atau teguran ini.

Pertama, jika anda mahu menegur atau memberi komen kepada kawan anda, elakkan daripada memberi komen itu di depan kawan-kawan lain. Sebaik-baiknya, berikan komen itu semasa anda berdua sahaja dengan kawan anda itu. Apabila anda berdua dengan kawan itu, gunakan perkataan yang baik semasa bercakap. Jangan gunakan perkataan yang kasar. Pilih perkataan anda dengan berhati-hati.

Contohnya, jika anda mahu kata ‘bodoh’, gantikan dengan ‘tidak pandai’. Maksudnya lebih kurang sama tetapi kesannya berlainan. Kalau kawan A kata anda ‘bodoh’ dan kawan B kata anda tidak pandai, yang mana lebih anda rasa marah? tentu kawan A bukan? Anda perlu ingat, setiap perkataan negatif boleh digantikan dengan perkataan yang lebih positif dan kurang menyakitkan.

Ini menunjukkan bahawa, walaupun anda mahu menegur kesalahan kawan-kawan anda, anda boleh menegur dengan kata-kata yang baik. Jika anda sudah tegur dengan kata-kata yang baik dan bukan di depan kawan-kawan lain, kawan anda ini lebih mudah untuk menerimanya. Dia juga tidak merasa terlalu malu dengan teguran tersebut. Ini akan membuat hati beliau lebih mudah terbuka untuk berubah.

Tip # 4.4

Tips 4 yang terakhir ialah, walau apa pun yang anda lakukan atau katakan, elakkan daripada menjatuhkan air muka kawan-kawan anda.  Jatuh air muka selalunya dikaitkan dengan sesuatu yang memalukan. Contohnya, jika kawan anda sedang bercakap di depan kelas, jangan ketawakan beliau jika beliau tersilap cakap. Jangan ketawakan kawan anda jika mereka terjatuh dari kerusi atau semasa berjalan.

Ini semua boleh menjatuhkan air muka mereka. Sebaliknya, beri mereka sokongan. Beri perhatian semasa mereka bercakap di depan kelas dan tolong mereka bangun jika mereka terjatuh. Itulah yang sebaik-baiknya yang boleh anda lakukan.

Menjaga air muka kawan-kawan anda juga boleh dilakukan dengan mempertahankan mereka apabila mereka diejek oleh kawan-kawan lain. Anda boleh menjadi kawan yang baik dengan sentiasa menyokong kawan-kawan anda. Namun, ini tidak bermakna anda perlu menyokong mereka jika mereka lakukan sesuatu yang salah seperti mencuri, ponteng sekolah atau malas belajar. Sebaliknya, anda perlu sokong mereka dengan mengajak mereka mengikuti anda supaya belajar bersungguh-sungguh supaya satu hari nanti anda dan mereka sama-sama berjaya.

Tip # 5

Semasa saya di alam persekolahan, saya ada beberapa kawan yang saya suka dampingi. Kawan-kawan ini berbeza sedikit daripada kawan-kawan lain. Mereka kelihatan seolah-olah mereka sudah tahu dan jelas apa yang mereka mahu capai dalam hidup mereka. Mereka fokus dalam kerja mereka dan mereka sangat hebat dalam apa-apa yang mereka lakukan.

Jika mereka bermain sukan, mereka dapat mewakili sekolah dan daerah. Jika mereka belajar, mereka dapat mendapat markah yang sangat tinggi dalam peperiksaan. Jika mereka berpersatuan, mereka dapat jalankan program-program yang menarik dan kreatif. Jika mereka berkawan, mereka jadi kawan yang paling baik.

Kawan-kawan begini sangat istimewa kerana satu perkara; mereka selalu memberi saya ilham dan semangat untuk berjaya. Apabila saya lihat mereka fokus dalam pelajaran, saya juga bersemangat untuk jadi fokus dan belajar bersungguh-sungguh.

Apabila saya lihat mereka bijak menganjurkan program menarik, saya juga jadi bersemangat untuk belajar bagaimana cara melakukannya. Hingga kini saya masih merasa kesan baik kerana berkawan dengan kawan-kawan begini.

Mesej saya di dalam tip ini ialah, apa kata anda yang jadi seorang kawan yang boleh membuat kawan-kawan anda yang lain bersemangat apabila mereka berdamping dengan anda? Apa kata kalau anda yang jadi seperti kawan-kawan saya tadi iaitu kawan-kawan yang fokus dalam apa yang mereka lakukan dan berjaya mencapai apa yang mereka mahu.

Jika anda mahu jadi seorang kawan yang boleh menimbulkan rasa semangat kepada kawan-kawan yang lain, anda sendiri mesti fokuskan kepada kejayaan peribadi anda. Anda mesti tahu apa yang anda mahu capai dalam hidup anda dan anda perlu selalu berusaha untuk mencapai kejayaan. Dalam masa yang sama, anda perlu kekalkan hubungan yang baik dengan kawan-kawan anda.

Ada pelajar yang terlalu fokus mengejar kejayaan akademik hingga tidak menghiraukan kawan-kawan yang lain. Jika ini berlaku, anda tidak akan berjaya dalam konteks yang sebenar. Kawan-kawan yang lain juga tidak akan mahu mengikut kejayaan anda kerana mereka akan sangka, jika mahu berjaya, mereka perlu hidup berseorangan tanpa kawan. Nyata itu adalah satu tanggapan yang salah.

Jadi, mulai hari ini, kaji semula diri anda. Anda boleh rujuk semula semua tips-tips yang pernah saya kongsikan disini. Kejar kejayaan dari semua aspek supaya kejayaan anda lebih bermakna dan seimbang. Selamat berjaya!

Kesimpulan

Alhamdulillah…saya telah kongsikan 5 tips utama dalam berkawan… saya percaya banyak lagi tips yang boleh anda gunakan. Namun, dengan 5 tips pertama ini, harapan saya minda anda akan terbuka untuk melihat tips-tips yang lain sama ada melalui pembacaan anda atau melalui pengalaman anda sendiri. Pengalaman adalah guru terbaik.

Anda boleh belajar daripada pengalaman anda sendiri atau melalui pengalaman orang lain. Anda boleh belajar daripada pengalaman orang lain melalui pembacaan. Jadi, membaca adalah masih cara terbaik dan terpantas untuk mempelajari sesuatu.

Satu perkara penting yang telah saya pelajari seumur hidup saya ialah, kawan adalah penting dalam hidup saya. Ada juga kawan-kawan saya yang nakal dan selalu menyakitkan hati saya semasa di sekolah. Namun apabila kami bertemu semula kini, rasa sakit hati itu semua sudah tidak wujud malah kami jadi kawan yang sangat baik dan rapat kini.

Ini bermaksud, jika anda ada rasa benci pada mana-mana kawan, jangan sampai terbawa-bawa hingga mengganggu konsentrasi anda semasa belajar. Ini adalah kerana kawan ini mungkin jadi seseorang yang penting dalam hidup anda nanti. Anda tidak tahu bahawa mungkin satu hari nanti kawan inilah yang akan membantu and hingga berjaya.

sumber :http://www.osmanaffan.com

Cara Mengorat Wanita ??


Bersama dengan seseorang yang anda sayang akan memberikan anda kekuatan dan inspirasi untuk melakukan yang terbaik dalam sesuatu perkara. Walaubagaimanapun, yang menjadi masalahnya sekarang ialah ramai lelaki di luar sana tidak tahu bagaimana untuk memikat gadis yang mereka suka.
Kebanyakan kita merasakan bahawa menunggu cinta sejati datang sendiri adalah satu cara yang betul tetapi secara logiknya ia adalah sebaliknya. Jika anda mahu mencari pasangan idaman anda, anda harus berusaha mendapatkannya. Berikut beberapa tips yang mungkin berguna untuk memikat si dia.



Jadi Diri Sendiri 

Lelaki selalu beranggapan bahawa untuk memikat hati wanita terutama wanita cantik, sesuatu harus dilakukan untuk membuatkan dia kagum denganmu. Sebagai contohnya, anda tidak menjadi diri anda, sebaliknya menjadi lelaki yang anda rasa wanita suka. Lantas, anda bertutur dengan tertib sehingga membosankan dan melakukan perkara-perkara yang diharapkan oleh wanita seperti buka pintu kereta, tarik kerusi sebelum dia duduk dan sebagainya. Kalau semua yang anda lakukan ini perkara biasa yang memang anda ingin lakukan, mungkin tidak mengapa. Tetapi jika anda lakukan sekadar untuk membuat dia terpikat, berhenti! Wanita lebih gemarkan lelaki yang tulin atau dalam erti kata lain, lelaki yang jadi diri dia sendiri.

Kawal Keadaan
Mungkin anda rasakan jika wanita diberi ‘kuasa’ untuk mengawal keadaan, mereka akan suka. Logik anda ialah jika anda membuat dia rasa bahawa dia telah berjaya memikat dirimu, dia akan suka. Jangkaan ini tidak tepat kerana wanita suka kepada lelaki yang pandai kawal keadaan dan pastikan dia tahu yang dia pilihanmu dan bukan sebaliknya. Anda telah memilih dia dan dia harus gembira dengan hakikat itu.

Bijak Meredakan Ketegangan
Wanita paling benci berada dalam keadaan tegang. Apabila tidak sependapat atau berdiskusi tentang apa-apa isu hangat, jangan biarkan emosi memandu anda. Biarkan wanita dengan emosi mereka dan mereka inginkan anda meredakan ketegangan yang ada. Isu yang tidak selesai hanya akan menjadikan perasaan serba salah merebak kepada perasaan yang lebih membahayakan. Tunjukkan pada dia yang anda tidak terjebak dalam emosi yang boleh memusnahkan perhubungan. Jika anda matang mengawal ketegangan, wanita akan tertarik kepadamu.

Imej Nakal
Imej budak baik atau anak emak tidak popular di kalangan wanita kecuali di kalangan ibu mereka. Wanita lebih tertarik kepada imej lelaki nakal. Jangan berpakaian umpama nak pergi temuduga apabila berjumpa dia. Biar anda kelihatan sedikit selekeh tetapi seksi, biar renungan anda meremangkan bulu roma dia, biar kerlingan anda membuat dia rasa teruja.

Selamba dan Selesa
Perasaan gementar, kalut, gelabah pada orang lelaki tidak digemari wanita. Mereka lebih menggemari orang lelaki yang selesa bersama dengan mereka, yang boleh berborak, berjenaka, berkongsi cerita, mendengar masalah mereka. Biarkan wanita yang gementar ketika ingin bertemu dirimu, biarkan dia yang gelabah dan berdebar-debar apabila berhadapan denganmu. Apabila anda cool dan selesa apabila bersamanya, anda nampak seksi sekali.


Jangan Gopoh
Apa-apa pun yang ingin anda dilakukan, jangan lakukan dengan gelojoh. Relaks, ambil masa dan sabar. Buat-buat macam anda tidak terdesak langsung dalam hidup. Wanita tidak gemari lelaki yang beriya-iya bagaikan tiada hari esok. Praktikkan kesabaran ini dalam semua aspek hidup anda, ketika makan terutamanya.

Sumber alamonline

Fakta Menarik Tentang Manusia




  1. Mata wanita akan berkelip lebih dua kali ganda daripada lelaki.
  2. Seseorang akan lebih tinggi 1cm pada waktu pagi dan petang berbanding waktu malam. Ini adalah disebabkan lapisan tulang rawan pada bahagian sendi akan terbuka pada waktu siang.
  3. Dianggarkan sebanyak 550 helai rambut pada bahagian bulu mata.
  4. Kebanyakan zarah debu dirumah adalah hasil daripada kulit mati anda.
  5. Seorang bayi lahir tanpa tempurung lutut. Ia akan mula terbentuk ketika mereka berusia 2-6 tahun.
  6. Tubuh anda menghasilkan dan membunuh 15 juta sel darah merah pada setiap saat.
  7. Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 galon air liur sepanjang hidup mereka.
  8. Jari paling sensitif untuk manusia adalah jari telunjuk.
  9. Berat badan manusia adalah 40 kali ganda daripada berat otak.
  10. Sekiranya makan terlalu kenyang, pendengaran anda akan semakin tidak jelas.
  11. Dianggarkan seseorang akan menelan sebanyak 295  kali ketika makan malam.
  12. Air kencing anda akan berwarna kuning cerah sekiranya banyak memakan ulam-ulaman.
  13. Tenaga yang dilepaskan sekiranya 1 billion orang melompat pada masa yang sama adalah dianggarkan separuh daripada tenaga nuclear.
  14. Purata bayi akan lahir didunia adalah selang 7 saat.
  15. Seseorang dianggarkan bernafas 10 juta kali setahun.
  16. Pada ketika ini, jumlah orang yang hidup adalah lebih banyak daripada orang yang telah mati.
  17. Tubuh manusia lebih sesuai untuk tidur selama 4 jam 2 kali sehari berbanding daripada tidur lapan jam sekali sehari.
  18. Dianggarkan janggut seorang lelaki mengandungi antara 7,000 hingga ke 15,000 helai rambut.
  19. Janggut lelaki akan tumbuh sekitar 140 mm setiap tahun.
  20. Rambut adalah 70 peratus lebih mudah untuk dipotong ketika direndam dalam air suam selama dua minit.
  21. Tulang paling keras pada tubuh manusia adalah tulang rahang.
  22. Diameter rambut wanita adalah separuh daripada diameter rambut lelaki.
  23. Kaki adalah bahagian tubuh yang paling sering digigit oleh serangga.
  24. Kuku yang paling cepat untuk tumbuh adalah kuku jari hantu.
  25. Otot paling kuat pada tubuh manusia adalah lidah.
  26. Manusia pertama kali dijangkiti virus HIV pada tahun 1930-an.

Tips Kawin Muda Dan Cara Berhadapan Dengan Ibu Bapa


Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.

Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.

Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi ‘membeli’ kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

sumber : Luvislam

Cara Kuruskan Perut Buncit


Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkan berat badan yang berlebihan dan kempiskan perut.


1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu


5. Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
Ambil 5cm halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

6. Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.


7. Mengempiskan Perut - Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.


8. Kempiskan Perut Anda - Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Tanda Dilamun Cinta


Cinta ini buta. Cinta tidak mengenal usia, rupa dan harta seseorang. Tetapi adakah anda tahu bagaimana mengetahui seseorang itu di lamun cinta?

Tanda-Tanda Di Lamun Cinta :

1. Anda berasa diri anda dengan si dia sangat serasi. Anda mula berkongsi minat dengan dia walaupun pada awalnya kamu tidak menyukainya.

2. Gerak gerinya sentiasa bermain di fikiran anda. Senyumannya membuatkan anda berasa bahagia.

3. Anda sentiasa membuat sesuatu yang dapat menarik perhatiannya dan anda sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatiannya walaupun memalukan diri anda.

4. Walaupun orang lain sentiasa memberitahu perkara-perkara negatif tentang si dia tapi anda tidak menghiraukannya. Di mata anda, si dia seorang yang sangat sempurna.

5. Walaupun anda tidak dilayannya tapi anda tidak kisah. Anda makin cuba untuk mendekatinya walaupun sudah banyak kali dimarahinya.

6. Anda berasa tenang apabila anda dapate berkongsi masalah hidup anda dengan si dia.

7. Anda selalu mengalamun dan tidak dapat fokus membuat kerja anda kerana di fikiran anda hanya ada si dia sahaja.

8. Anda sentiasa mencari alasan untuk dapat berbual atau bersua muka dengan si dia.

9. Bayangannya sentiasa timbul dimana-mana sahaja. Sehinggakan anda mula menjauhi rakan-rakan anda kerana terlalu sibuk mengejar bayang si dia.

10. Perasaan sayang terhadapnya mula timbul. Walaupun si dia hanya digigit nyamuk anda berasa tersangat risau.

Tips Ringkas Kuruskan Badan


ingin kuruskan badan dengan cepat dan mudah? Berikut adalah 25 tips untuk membantu anda kurangkan berat badan.

1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.

1.
Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.

2.
Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.

3.
Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!

4.
Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.

5.
Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya? Rujuk kepada eBook 25 Calorie Saving Tips saya.

6.
Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.

7.
Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.

8.
Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.

9.
Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.

10.
Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan dalam eBook percuma 45 Craving Saving Tips.

11-20: Senaman

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.

11.
Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.

12.
Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)

13.
Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.

14.
Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.

15.
Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.

16.
Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.

17.
Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang tepat, dapatkan eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.

18.
Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.

19.
Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.

20.
Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.


21-25: Suplemen dan makanan tambahan

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.

21.
Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.

22.
Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.

23.
Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.

24.
Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.

25.
Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.

26.
Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.